Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diadakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.
pollpengundianSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara.
presidential electionpilihan raya presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya khas yang diadakan untuk memilih ketua negara dan ketua kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpresiden. Pilihan raya ini diadakan secara berkala seperti empat tahun sekali di Amerika Syarikat atau enam tahun sekali di Filipina. Pilihan raya ini boleh disertai secara individu atau mewakili parti tertentu. Semua pengundi yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya ini dan calon yang memenangi pilihan raya akan dilantik menjadi presiden negara. Contohnya, pilihan raya presiden yang diadakan di Amerika Syarikat pada November 2004 akan menyaksikan pertandingan antara George Bush dari parti Republikan dan John Kerry dari parti Demokratik.
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
news conferencesidang beritaKomunikasiTiadaPertemuan yang diadakan dengan para wartawan untuk menyampaikan maklumat penting yang perlu disebarkan segera. Dalam pertemuan ini, sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapat liputan media massa mengenai sesuatu perkara. sidang media, sidang akhbar, sidang berita.
paradesketsa pendekKesenianDrama dan Teater1. Persembahan yang diadakan untuk perayaan atau sambutan tertentu yang biasanya dilakukan di jalanan dengan kostum dan pakaian seragam. 2. Persembahan ringkas atau pendek yang diadakan di luar tempat pementasan sebenar untuk menarik penonton.
Berlin CongressKongres BerlinSains PolitikHubungan AntarabangsaKongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh
weekly meetingmesyuarat mingguanKomunikasiKorporatPerjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap minggu. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam minggu tersebut. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, perjumpaan mingguan diadakan bertujuan untuk memantau prestasi sesuatu program perhubungan awam. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada minggu seterusnya. Perjumpaan ini dihadiri oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan.
quarterly meetingmesyuarat suku tahunanKomunikasiKorporatPerjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap tiga bulan. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam tempoh tersebut. Mesyuarat ini biasanya dihadiri oleh pengurus dan ahli tertentu dalam sesebuah organisasi. Pertemuan ini diadakan dalam bentuk mesyuarat rasmi antara pihak atasan dengan pihak pengurusan bawahan. Pihak perhubungan awam bertanggungjawab untuk menyediakan keseluruhan kemudahan mesyuarat, termasuklah laporan dan bantuan sekretariat. Tujuan mesyuarat adalah untuk memantau prestasi syarikat. Pertemuan ini juga memberikan peluang kepada pihak pengurusan atasan untuk menjelaskan strategi organisasi yang baru dan tindakan yang perlu dilakukan. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada tempoh seterusnya. Mesyuarat sering dilihat sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan khalayak dalaman sesebuah organisasi.
plenary sessionsidang penuhKomunikasiKorporatSesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik..
12345678910...

Kembali ke atas