outbreak | wabak | Perubatan | Tiada | Permulaan sesuatu yang tidak dialu-alukan secara tiba-tiba, seperti penyakit. |
persona non grata | persona non grata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Orang asing yang tidak dialu-alukan daripada memasuki sesebuah negara atau kekal berada di dalam sesebuah negara. Sesebuah negara boleh mengisytiharkan seseorang diplomat asing sebagai persona non grata, sebagai satu kaedah teguran paling serius kepada diplomat asing yang dilindungi oleh kekebalan dan ketakbolehcabulan daripada tangkapan dan pendakwaan. Pengisytiharan persona non grata biasanya disebabkan oleh diplomat tersebut didapati terlibat dalam kegiatan mengintip, cubaan menggulingkan kerajaan atau mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Pengisytiharan penolakan ini terkandung dalam Perkara 32 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan bahawa negara penerima berhak untuk tidak menyatakan alasan atas pengisytiharan persona non grata tersebut. Contohnya, pada tahun 2011, pemerintah Kuwait telah mengumumkan sejumlah diplomat Iran sebagai persona non grata atas tuduhan melakukan intipan, yang menyebabkan mereka diusir dari Kuwait. |
retortion | retorsi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Retorsi merupakan satu bentuk pertolongan kendiri. Negara yang mengambil tindakan retorsi itu sebenarnya menolong dirinya sendiri dalam menguatkuasakan haknya yang dicabuli oleh negara lain dengan mencederakan negara berkenaan. Retorsi adalah satu tindakan yang sah untuk mencederakan negara lain. Retorsi berbentuk membalas walaupun tidak semestinya sama seperti pencabulan. Walaupun retorsi tidak dialu-alukan penggunaannya, namun tindakan retorsi pada asalnya adalah sah dan dibenarkan. Contohnya, negara A memutuskan hubungan diplomatik dengan negara B. Tindakan ini asalnya sah kerana negara tersebut tidak mempunyai kewajipan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Tindakan ini tetap sah walaupun tidak ada tindakan salah sebelumnya oleh negara yang satu lagi. Contoh-contoh lain termasuklah mengenakan sekatan perjalanan, mengisytihar |