error of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Tiada | Kesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud. |
design load | beban reka bentuk | Landskap | Tiada | Berat yang perlu diambil kira dalam reka bentuk struktur bangunan merangkumi beban hidup seperti air dan tumbuhan, beban mati seperti batu dan tanah serta faktor keselamatan. Beban ini perlu diambil kira bagi mengelakkan keruntuhan sesuatu struktur |
external effect | kesan luar | Mekanik | Gunaan | Kesan yang timbul pada sempadan sistem. Dalam ilmu mekanik, biasanya hanya kesan luar sahaja yang diambil kira. Misalnya, kesan tindakan daya pada jasad yang diambil kira dalam analisis hanyalah tindak balas pada sokong jasad yang didedahkan oleh ‘ pengeratan’ anggota. |
الحشفة | hasyafaṯ | Agama Islam | Fiqh | Had kemaluan lelaki (zakar) yang diambil kira bagi menentukan kesalahan zina, mandi hadas dan lain-lain. |
design consideration | pertimbangan reka bentuk | Landskap | Tiada | Faktor yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan dalam penyediaan reka bentuk. Contohnya, keadaan tempat dan keperluan pengguna. |
pneumatic potential | keupayaan pneumatik | Pertanian | Tiada | Komponen keupayaan air tanah yang diambil kira hanya apabila tekanan gas luar berbeza dari tekanan atmosfera. |
macroscopic property | sifat makroskopik | Kejuruteraan | Tiada | Sifat reaktor nuklear yang boleh diambil kira secara berasingan daripada faktor lain. |
landing distance | jarak pendaratan | Aeroangkasa | Tiada | Jarak yang diperlukan untuk mendarat, diambil kira dari mula pesawat udara hendak mendarat ketika berada 15 meter dari bumi dicampur dengan larian mendarat dan jarak lajakan untuk pesawat udara terbang kembali kerana tidak dapat meneruskan pendaratan. |
water temperature | suhu air | Sukan | Tiada | Merujuk kepada suhu air yang diambil kira sebagai suhu yang sesuai untuk aktiviti renang. Biasanya suhu air tidak kurang daripada 26oC. |
family as context | keluarga sebagai konteks | Kejururawatan | Tiada | Perihal keluarga yang diambil kira semasa menilai kesihatan seseorang ahli keluarga tersebut. |