cut diameter | diameter potong | Kejuruteraan | Tiada | Diameter yang kecekapan pengumpulan dan penembusan zarahnya bersamaan 50%. Diameter ini digunakan untuk menunjukkan kecekapan penyingkiran zarah bagi sebuah pengumpul. |
drift diameter | diameter hanyut | Kejuruteraan | Petroleum | Diameter dalam yang minimum bagi selongsong. Merupakan faktor penentu untuk menentukan diameter maksimum bagi alat-alat yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong dengan selamat. Nilainya ditentukan oleh pihak pengeluar berdasarkan ketentuan API. |
angular diameter | diameter sudut | Matematik | Tiada | Diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka. Lihat: apparent diameter. |
breast height diameter | diameter aras dada | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Ukuran diameter pokok yang diukur pada ketinggian aras dada. Pengukuran biasanya dilakukan di luar kulit kayu. Nilai diameter ini digunakan dalam pengurusan hutan untuk menentukan isi padu dirian dan had tebangan. garis pusat aras dada. |
pore diameter | diameter liang | Geologi | Tiada | Diameter sesuatu liang pada batuan. |
biparietal diameter | diameter biparietal | Perubatan | Tiada | Diameter antara kedua-dua eminens parietal tengkorak fetus yang berukuran 9.5 cm bagi bayi yang cukup bulan. Ia boleh diukur dengan sefalometri ultrasound dari gestasi 9 minggu. Ukuran bersiri semasa kehamilan dapat digunakan untuk menilai perkembangan fetus. |
apparent diameter | diameter ketara | Matematik | Tiada | Diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit dan saat arka. |
mid diameter | diameter tengah | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Diameter pada titik tengah ketinggian pokok. |
effective diameter | diameter berkesan/garis pusat berkesan | Geologi | Tiada | Diameter zarah di dalam batuan atau tanih yang diandaikan dapat mengalirkan air pada kadar yang sama seperti batuan atau tanih yang sedang dipertimbangkan, dan yang terdiri daripada zarah-zarah berbentuk sfera yang sama saiznya dan tersusun dalam cara yang khusus. |
aerodynamic diameter | diameter aerodinamik | Kejuruteraan | Tiada | Penyataan yang menerangkan diameter sesuatu zarah di udara dengan menggunakan satu sfera sempurna yang mempunyai halaju pengenapan yang sama seperti zarah tersebut. |