proposal | cadangan | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang dianjurkan atau dicadangkan dalam sesuatu perbincangan. |
linked course | kursus kembar | Pendidikan | Tiada | Kursus yang dianjurkan bersama-sama oleh dua institusi pendidikan atau lebih. |
corporate event | acara korporat | Pelancongan | Tiada | Acara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat. |
media tour | lawatan media | Komunikasi | Korporat | Aktiviti bertemu dengan pihak media yang dianjurkan oleh organisasi. Aktiviti ini boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, pihak organisasi atau wakilnya membuat lawatan ke agensi media yang strategik. Kedua, pihak organisasi mengundang wakil media melawat organisasi atau syarikat. Dari segi perhubungan awam dan komunikasi korporat, lawatan media merupakan salah satu aktiviti proaktif pihak pengurusan organisasi bagi mendapatkan ruang promosi dan publisiti sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam keadaan sesebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis, lawatan daripada pihak media ke organisasi berkenaan boleh membantu mengurangkan tekanan krisis melalui liputan positif media terhadap organisasi. Keadaan ini boleh memulihkan keyakinan khalayak terhadap organisasi. |
press luncheon | jamuan tengah hari akhbar | Komunikasi | Tiada | Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi melalui bahagian perhubungan awamnya untuk meraikan wakil-wakil akhbar atau media yang lain. |
event management | pengurusan acara | Pelancongan | Tiada | Aktiviti untuk menguruskan, mempromosikan dan mengendalikan acara yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi. |
M theory | teori M | Kejuruteraan | Tiada | Teori letup ke dalam sarung arus dalam peranti jepit, yang dianjurkan oleh Rosenbluth. |
motor theory | teori motor | Kejuruteraan | Tiada | Teori letup ke dalam sarung arus dalam peranti jepit, yang dianjurkan oleh Rosenbluth. |
domain of learning | domain pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kategori pembelajaran yang berlaku dalam diri setiap individu daripada perspektif psikologi pendidikan. Domain pembelajaran yang dianjurkan oleh Bloom dan rakan-rakannya pada tahun 1956 ini terbahagi kepada tiga, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan rangka pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ketiga-tiga domain dalam menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. |
event management | pengurusan acara | Komunikasi | Korporat | Kaedah, sistem, dan proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu program, projek, tindakan, atau majlis yang dijayakan oleh organisasi bagi tujuan melaksanakan dan mempromosikan sesuatu barangan, perkhidmatan, atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tertentu sama ada individu atau organisasi. Pada kebiasaannya, individu atau organisasi akan melantik perunding pengurusan acara untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan acara sehingga sempurna. Tujuan mendapatkan khidmat perunding pengurusan acara adalah untuk memastikan sesuatu acara atau persembahan meninggalkan kesan kepada khalayak. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan acara termasuklah merancang strategi pelaksanaan, menguruskan kandungan acara seperti nyanyian dan persembahan kesenian, serta pengurusan jemputan dan protokol. Kepuasan yang dialami oleh khalayak melalui acara yang diurus secara berkesan boleh membantu meningkatkan citra organisasi. |