Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diaplikasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
multiple use foresthutan pelbagai gunaPerhutananTiadaHutan yang diaplikasikan untuk lebih daripada satu tujuan.
multiple use foresthutan pelbagai gunaPerhutananPengurusan HutanHutan yang diaplikasikan untuk lebih daripada satu tujuan.
crytographic checksumhasil tambah semak kriptografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFungsi sehala yang diaplikasikan terhadap suatu fail untuk menghasilkan cap jari yang unik bagi fail tersebut sebagai rujukan yang biasanya merupakan sebahagian daripada proses pewujudan tandatangan digital.
column chromatographykromatografi turusHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan turus khas yang diisi dengan fasa pegun. Sampel diaplikasikan pada permukaan atas fasa pegun. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan membenarkan cecair fasa gerak meresap turun melalui tindakan graviti atau tekanan. Lelehan keluar daripada hujung turus dikumpulkan sebagai pecahan yang mengandungi sebatian tulen terpisah. Kaedah ini digunakan untuk tujuan pengasingan secara sediaan.
paper chromatographykromatografi kertasHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan kepingan kertas khas (selulosa) yang mempunyai sifat jerapan yang tinggi. Sampel diaplikasikan pada permukaan kepingan kertas sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian atas. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan membenarkan cecair fasa gerak meresap turun melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan.
zero-based budgetbelanjawan dasar kosongPentadbiranPentadbiran Awam

Belanjawan ini diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Ia berorientasikan keutamaan program dan diaplikasikan dengan meluas sekitar tahun 1976-1980. Belanjawan Dasar Kosong merupakan peruntukan sumber kepada agensi-agensi kerajaan yang berdasarkan penilaian semula keperluan semua program dalam satu-satu agensi. Setiap agensi perlu menyemak semula program sama ada program tersebut perlu diteruskan atau dihentikan semasa membuat cadangan belanjawan. Penyemakan ini adalah daripada atas ke bawah dan oleh itu dikenali sebagai zero-based. Dasar kosong bererti menghapuskan pembaziran yang meningkat ke atas program yang ketinggalan zaman dalam belanjawan kerajaan. Belanjawan ini memaksa setiap agensi membuat justifikasi ke atas setiap sen yang dipohon.

fielded panelpanel timbulKesenianSeni BinaPanel yang mempunyai bahagian tengah lebih tebal daripada bahagian tepinya, atau unjuran atas bingkai sekitarnya. Panel jenis ini biasanya diaplikasikan pada daun pintu atau tingkap bagi menghasilkan corak hiasan yang lebih menarik.
subtextsubteksKesusasteraanTiadaJargon dalam dunia teater bagi sesuatu yang tidak diperkatakan dalam teater tersebut. Subteks dibayangkan sebagai aksi senyap dan diam para pelakon semasa pementasan. Subteks juga boleh diaplikasikan kepada bentuk plot dan corak imejan. Lihat juga jargon.
minimal ratekadar minimumKomunikasiKorporatKadar bayaran iklan yang terendah. Kadar ini berasaskan baris iklan untuk sejuta edaran setelah mengambil kira semua diskaun yang diberikan. Pada kebiasaannya, kadar bayaran ini diaplikasikan untuk penerbitan media cetak.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultraungu atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan.
123

Kembali ke atas