Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibalas

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepuk berbalas,
     alang berjawab.

Bermaksud :

Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poetic justicekeadilan impianKesusasteraanTiadauntuk melahirkan idea yang menerangkan perbuatan jahat akan dihukum, manakala perbuatan baik dibalas dengan baik.
proverbial phraseperibahasa prosaKesusasteraanTiadaPeribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425]
discoursewacanaKesusasteraanPuisiKeseluruhan tuturan atau ujaran yang merupakan kesatuan fikiran yang lengkap. Pantun di bawah merupakan satu wacana yang lengkap. Pisang emas dari Bentan, Pisang lidi bertanding-tandingan; Hutang emas dibalas intan, Hutang budi tiada bandingan.
just world hypothesishipotesis dunia adilPsikologiPsikologi UmumHipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.

Kembali ke atas