cap (binding) | balut (jilidan) | Perpustakaan | Tiada | Buku yang dibalut dan digam dengan kertas kuning kecuali bahagian papannya untuk melindung helaian buku semasa membuat blok dengan tangan. |
insulated wire | dawai tertebat | Kejuruteraan | Tiada | Pengalir yang dibalut dengan bahan yang tidak mengalirkan arus atau penebat. |
flannel graph | papan lakan | Pendidikan | Tiada | Papan yang dibalut dengan kain seperti baldu untuk meletakkan bahan pengajaran dan pembelajaran. |
cork handle | pemegang gabus | Perikanan | Tiada | Gabus yang dibalut pada bahagian pemegang joran bagi menguatkan genggaman pemancing semasa memancing. |
wrapper | pembalut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kertas berbentuk pita yang dibalut pada surat pos yang tidak bersampul dan ditulis alamat pengirim dan penerima khususnya bagi bahan bercetak. |
scotched egg | telur salut daging | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Telur rebus yang dibalut dengan kepingan daging nipis dan disalut ibu roti, digoreng jeluk dan dipotong memanjang sebelum dihidang. |
scotch egg | telur bersalut daging | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Telur rebus yang dibalut dengan kepingan daging nipis dan disalut ibu roti, digoreng jeluk dan dipotong memanjang sebelum dihidang. |
package | bungkusan; padatan; pakej; pukal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bungkusan: Benda yang dibalut dengan kertas, kain dan lain-lain. |
cable core | teras kabel | Teknik | Elektrik | Bahagian pengalir di dalam kabel yang dibalut dengan penebat. Teras kabel mempunyai satu teras atau lebih, dan setiap teras mungkin mempunyai selembar atau beberapa lembar pengalir. |
bale | bandela | Pertanian | Agronomi | Bungkusan besar mengandungi produk pertanian yang dipadatkan dan dibalut dengan tali, dawai atau plastik untuk mudah disimpan atau diangkut. Contoh bahan yang boleh dijadikan bandela termasuk rumput kering, kapas, bulu bebiri dan getah. |