C programming language | bahasa pengaturcaraan C | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa yang dibangunkan untuk kegunaan umum, berstruktur blok, bersifat tatacara dan imperatif. Bahasa ini telah dibangunkan pada tahun 1972 oleh Dennis Ritchie di Makmal Bell untuk digunakan dalam persekitaran sistem pengendali UNIX. Sehingga kini, bahasa ini telah berkembang dan digunakan dalam pelbagai persekitaran sistem pengendali. Ketika ini, bahasa pengaturcaraan C telah digunakan secara meluas untuk pelbagai aplikasi daripada bidang perniagaan sehingga bidang kejuruteraan. Bahasa ini juga banyak mempengaruhi bahasa lain seperti bahasa pengaturcaraan C++ yang merupakan lanjutan bagi bahasa C. |
high compression engine | enjin mampatan tinggi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ungkapan yang digunakan untuk generasi enjin moden yang menggunakan nisbah mampatan yang tinggi berbanding enjin yang dibangunkan pada tahun sebelumnya. Generasi enjin ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan berterusan daripada pengguna terhadap prestasi enjin yang lebih baik. |
Blue Book | Buku Biru | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD dipertingkatkan untuk memasukkan data multimedia ke atas CD audio piawai. Buku Biru dibangunkan pada tahun 1995 daripada tambahan Buku Oren yang dibangunkan oleh Philips dan Sony pada tahun 1988. Spesifikasi Buku Biru dibina berasaskan Buku Merah dan Buku Kuning. Buku Biru ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna biru. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Kuning. Banding Buku Merah, Buku Kuning dan Buku Oren. |
cell broadband engine architecture (Cell) | seni bina enjin jalur lebar sel (Cell) | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu seni bina mikropemproses yang dibangunkan bersama tiga buah syarikat besar, iaitu Sony Computer Entertainment, Toshiba dan IBM yang dikenali sebagai STI pada tahun 2001 di Austin, Texas. Aplikasi perniagaan Cell yang pertama yang dibangunkan ialah permainan konsol Sony PlayStation 3. Aplikasi pada masa akan datang adalah di ruang perkomputeran besar untuk menguji kebolehpercayaan pemproses Cell dalam kerangka/kernel titik terapung. Kini, Cell dianggap sebagai persekitaran mencabar dalam pembangunan perisian. |
garden city | bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Sebuah kawasan yang dirancang secara teliti untuk pembangunan sebuah bandar berkomuniti kendiri yang dikelilingi oleh persekitaran hijau untuk pertanian, dan sebahagian yang lain dibangunkan untuk kediaman dan perindustrian. Contohnya, bandar Putrajaya yang telah dibangunkan daripada konsep bandar taman. Lihat juga gerakan bandar taman. |
Chicago School | Sekolah Chicago | Kesenian | Seni Bina | Gaya pemikiran seni bina yang dibangunkan oleh dua pengamal seni bina di Chicago, iaitu Burnham dan J.W. Root. Gabungan pemikiran mereka telah membangunkan perwatakan gaya seni bina yang dinamakan Chicago School dan telah terkenal di seluruh dunia. Dalam sejarah seni bina, Sekolah Chicago ialah sebuah institusi seni bina yang aktif di Chicago pada awal abad ke-20. Melalui gaya ini, teknologi baharu pembinaan rangka keluli dalam bangunan perdagangan telah dibangunkan selain pembinaan ruang estetik atau keindahan ruang yang selari dengan perkembangan modenisme yang berlaku di Eropah. Sekolah Chicago yang kedua, kemudiannya muncul pada tahun 1940-an dan 1970-an yang merintis teknologi bangunan baharu dalam sistem struktur seperti struktur tiub berbingkai. Antara ciri pendekatan Sekolah Chicago ialah penggunaan kerangka keluli untuk bangunan dengan kemasan batu, kawasan tingkap plat kaca besar dan jumlah hiasan luar yang terhad. Kadangkala, unsur-unsur seni bina neoklasik digunakan dalam bangunan pencakar lan |
PostScript | PostScript | Teknologi Maklumat | Tiada | Dibangunkan oleh Adobe System yang merupakan Bahasa Pemerihalan Halaman (PDL) untuk mencetak huruf dan imej untuk komputer meja. PostScript mempunyai kebolehan untuk memerihal jenis fon, grafik dan separa ton pada dokumen. Dokumen PostScript dapat dicetak seperti yang terpapar di skrin komputer. |
PostScript | PostScript | Teknologi Maklumat | Tiada | Dibangunkan oleh Adobe System yang merupakan Bahasa Pemerihalan Halaman (PDL) untuk mencetak huruf dan imej untuk komputer meja. PostScript mempunyai kebolehan untuk memerihal jenis fon, grafik dan separa ton pada dokumen. Dokumen PostScript dapat dicetak seperti yang terpapar di skrin komputer. |
Kindle | Kindle | - | Tiada | Peranti elektronik yang dibangunkan oleh Amazon untuk membantu pembaca melayari, membeli, memuat turun, dan membaca e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain. |
QuickTime | QuickTime | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang dibangunkan oleh Apple untuk mereka, mengedit, menerbit dan melihat kandungan multimedia. QuickTime menyokong video, animasi, grafik, 3-D, VR, MIDI, muzik, bunyi dan teks. Atur cara ini banyak digunakan dalam web untuk menawarkan laman web yang lengkap dengan video dan animasi. |