Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat diperbuat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acrylic crownkorona akrilikPergigianTiadaBahagian kepala gigi yang diperbuat daripada akrilik. Korona ini dibuat sementara menunggu korona sebenar siap. Korona akrilik dibuat di makmal dan biasanya diperbuat daripada seramik atau logam. Korona akrilik ini berfungsi untuk memberi perlindungan sementara pada gigi yang telah dipotong.
balusterjerejakKesenianSeni BinaUnsur binaan menegak yang menyokong susur tangan atau susur tangga. Jerejak tradisional lazimnya diperbuat daripada kayu yang dilarik atau kepingan papan yang ditebuk atau diukir. Jerejak juga boleh diperbuat daripada bahan konkrit. Bagi bangunan moden, jerejak dibuat dengan menggunakan jeriji besi atau kayu yang berlarik. Jerejak yang dipasang secara berderetan disebut sebagai rangkaian jerejak. Lihat juga rangkaian jerejak.
mouldingkumaiKesenianSeni BinaUkiran yang diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan lain seperti plaster, gipsum, kapur, simen dan plastik, digunakan untuk melindungi persambungan bahan-bahan atau datar-datar bahagian bangunan yang tidak rata. Ukiran ini biasanya dibuat dalam bentuk keping-kepingan bagi memudahkan pemasangan. Ia juga boleh diperbuat dalam bentuk rata atau melengkung. Kumai juga berfungsi sebagai hiasan bagi menambah kecantikan pada bahagian bangunan. Kumai boleh dipasang di dinding, siling, perabot, pintu, tingkap, gerbang dan sebagainya.
veloursvelourKesenianTiada1. Fabrik baldu lembut, tebal, asalnya diperbuat daripada benang sayat. Kini dibuat daripada pelbagai serat dan yarn untuk membuat kot, pakaian panas, kemeja kait dan gaun.,2. Istilah untuk fabrik bernep atau berpail yang dikerat pada suatu permukaan.
plastic containerbekas plastikLandskapTiadaBekas yang diperbuat daripada plastik yang digunakan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan. Bekas ini biasanya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sinonim pasu plastik.
falsiesped payudaraKesenianTiadaPed payudara yang biasanya dibuat daripada busa getah yang dimasukkan ke dalam kutang supaya kelihatan montok, asalnya diperbuat daripada ropol renda. Popular pada tahun 1950-an semasa payudara montok menjadi salah satu fesyen pada masa itu.
work clothespakaian kerjaKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik tahan lasak seperti kemeja seluar, jaket, yang juga menjadi pakaian pekerja kilang dan buruh. Biasanya diperbuat daripada fabrik denim, dril, chine atau fabrik duk.
pile helmettetopi cerucukKejuruteraanKejuruteraan BangunanAlas berbentuk kotak yang diperbuat daripada keluli yang menutupi dan melindungi kepala cerucuk konkrit semasa hentaman dibuat. Ia juga mengikat pengalas supaya tetap dikedudukannya di antara tetopi cerucuk dan kepala cerucuk. Ini juga akan mengurangkan kerosakan semasa memacu cerucuk.
removable acrylic splintakrilik splin boleh tanggalPergigianTiadaProstesis yang dibuat bagi melindungi gigi atau menstabilkan kedudukan susunan gigi. Prostesis ini mengandungi beberapa bahagian iaitu plat yang diperbuat daripada akrilik dan dawai bagi mengikatnya pada gigi. Prostesis ini boleh dipakai sepanjang masa atau pada waktu malam sahaja.
acid-etched composite crownkorona komposit beretsa asidPergigianTiadaRestorasi korona yang diperbuat daripada bahan komposit yang diikat pada gigi dengan menggunakan teknik punaran asid. Korona komposit biasanya dibuat bagi membentuk semula kecacatan pada gigi desidus. Ini kerana gigi desidus akan digantikan dengan gigi kekal apabila kanak-kanak meningkat usia dewasa. Pembuatan korona ini adalah mudah dan tepat kerana tidak melibatkan pembuangan struktur gigi yang banyak.
12

Kembali ke atas