action | aksi | Kesusasteraan | Tiada | Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.,Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada baha |
alarmist | pencemas; penggempar | Sejarah | Tiada | 1.Orang yang cenderung menimbulkan kegemparan yang dibuat-buat.,2. Sikap seorang penggempar atau pencemas yang melakukan sesuatu yang tidak perlu. |
action | aksi | Kesusasteraan | Tiada | Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus yang bermaksud `tindakan atau perbuatan�. |
artificiality | kebuatan | Kesusasteraan | Tiada | Istilah kritikan untuk menunjukkan sebuah karya yang secara sedar dan sengaja dibuat-buat dengan huraian yang panjang lebar atau konvensional. |
action | aksi | Kesenian | Drama dan Teater | Gerak laku atau tindakan seseorang yang memainkan watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actusyang bermaksud ‘tindakan atau perbuatan’. |
decadent | merosot | Sejarah | Tiada | 1. Kumpulan penulis Perancis dan Inggeris pada akhir abad ke-19 yang menekankan soal-soal abnormal dan tiruan atau yang dibuat-buat.,2. Perihal kemerosotan atau keruntuhan sesuatu daripada keadaan asalnya. |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |
dental behaviour assessment | penilaian tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Proses penilaian keupayaan pesakit untuk bekerjasama semasa rawatan pergigian dijalankan. Penilaian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tingkah laku pesakit yang sesuai untuk pesakit. Penilaian tingkah laku berbeza mengikut umur, status kesihatan dan sikap pesakit. Contohnya, kanak-kanak berusia dua tahun kurang mampu untuk mengikut arahan maka rawatan pergigian perlu dijalankan dengan menggunakan teknik bius am. Manakala kanak-kanak yang lebih berusia mampu mengikut arahan dan rawatan pergigian dijalankan dengan kaedah pramedikasi atau kaedah terang-tunjuk-buat. |
Law of The Sea Convention | Konvensyen Undang-Undang Laut | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konvensyen yang pertama kali ditandatangani pada tahun 1958 dalam usaha komuniti antarabangsa menyelaraskan undang-undang laut antarabangsa bagi menyelesaikan perbezaan tuntutan bidang kuasa terhadap kawasan lautan antara negara dunia. Undang-undang laut ini ditandatangani kali kedua pada tahun 1960 untuk menyelesaikan tuntutan lain yang timbul seperti hak penangkapan ikan. Pada bulan Disember 1982, undang-undang tersebut ditandatangani buat kali ketiga. Undang-undang ini merangkumi semua aspek dalam hak dan penggunaan lautan sebagaimana yang termaktub dalam sejumlah 320 artikelnya. Artikel tersebut termasuklah hak penggunaan perkapalan antarabangsa untuk melalui perairan selat. Undang-undang ini juga memperuntukkan zon eksklusif ekonomi seluas 200 batu nautika bagi negara tepi pantai dalam menentukan aktiviti penggunaan sumber alam, penyelidikan saintifik dan perikanan. Peruntukan juga dibuat dalam konvensyen ini untuk mewajibkan sebarang perselisihan yang tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, disera |