botanical sampling | pensampelan botani | Veterinar | Tiada | Kaedah pensampelan yang dilakukan untuk mengetahui kandungan jenis-jenis pokok yang tumbuh dan peratus taburannya di suatu kawasan tertentu. Antara cara yang dilakukan ialah dengan meragut menggunakan tangan secara rawak. Contoh rumput dan dedaun yang didapati akan dianalisis jenis-jenis, kandungan kimia dan hasil bahan keringnya. Cara yang lebih sistematik ialah dengan menggunakan kuadrat 1 m x 1 m dan dicampakkan secara rambang. Kandungan spesies direkodkan dan diberi skor atau peratus kawasan yang diwakili oleh setiap spesies dalam kuadrat tersebut. Dengan mengambil banyak sampel, kandungan keseluruhan tumbuhan di kawasan tersebut dapat diketahui dan dinilai untuk tujuan tertentu seperti untuk ragutan ternakan atau untuk kajian suksesi dalam bidang ekologi. |