Budded stump | Tunggul cantuman | Pertanian | Agronomi | Bahan tanaman yang dihasilkan setelah membuat cantuman mata tunas kepada pokok penanti. Jika cantuman itu berjaya, semua cabang pokok penanti atas daripada tapak cantuman akan dicantas. Kemudian pokok ini digali dan cabang-cabang akarnya dicantas. Tunggul yang mengandungi mata tunas yang baru dicantum ini boleh ditanam terus di ladang. |
clipped trees | pokok berketip | Landskap | Tiada | Pokok yang dicantas rapi menjadi bentuk tertentu seperti bentuk haiwan, kereta, geometri dan sebagainya. |
pollard | potard | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pokok kayu yang dicantas bahagian atasnya bagi mendapatkan pucuk baru. Pencantasan dilakukan melebihi aras ragutan haiwan. Pertukaran pucuk baru silih berganti menghasilkan kayu hiasan yang amat menarik untuk dijadikan kepingan venir. Di negara beriklim sederhana, spesies yang menghasilkan polard termasuk willow dan poplar. |
flower parterre | partere bunga | Landskap | Tiada | Tanaman pokok renek berbunga yang dicantas dengan rapi di taman formal. |
root-pruned stock | stok akar terpangkas | Landskap | Tiada | Pokok induk yang dicantas akarnya untuk mendapatkan pertumbuhan baharu yang lebih subur. |
oil palm fronds | pelepah kelapa sawit | Pertanian | Agroteknologi | Pelepah atau daun kelapa sawit yang perlu dicantas sebahagiannya bagi mendapatkan bilangan daun yang optimum bagi ketelusan cahaya yang akan mempengaruhi penghasilan buah. Pelepah ini biasanya diletakkan di antara baris kelapa sawit sebagai sungkupan. Pelepah juga boleh digunakan sebagai makanan ruminan setelah diracik. Nilai pemakanannya adalah setara dengan rumput pastura. Singkatan OPF. |
coppice | kopis | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Dirian hutan yang tumbuh daripada pucuk pokok yang ditebas atau dicantas. hutan kopis. |
aftermath | taruk baru | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Bahagian tumbuhan yang mulai tumbuh pada batang atau dahan selepas dicantas. tunas. |
espaliered plant | pokok espalier | Landskap | Tiada | Pokok yang dipangkas dan dibentuk mengikut teknik espalier. Dalam teknik ini pokok dicantas dan dibentuk dengan rapi agar menurut kerangka yang diperbuat daripada dawai. Melalui cara ini pokok akan terbentuk seperti kerangka berkenaan. |
piling and burning | longgok dan bakar | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Mengumpulkan ranting-ranting dan daun-daun yang telah gugur atau dicantas dan membakarnya. |