geodetic level(ling) | geodesi) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
geodetic level(ling) | geodesi) | Geografi | Tiada | Tiada |
line of level(ling) | garis aras | Geografi | Tiada | Tiada |
half rhyme/oblique rhyme | rima sumbang | Kesusasteraan | Puisi | 1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga. |
penumbang | penumbang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saiznya paling besar dan registernya pula paling rendah. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa biji gong berbusut yang diletakkan secara mendatar di atas tali yang dipasang pada rangka kayu. Penumbang ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Gong berbusut ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut. Penumbang memainkan pic tertentu daripada bahagian melodi asas dalam muzik gamelan. Alat muzik yang berasal dari Indonesia ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa. |
gongan | gongan | Muzik | Tiada | Pusingan masa yang diulangi yang terdapat dalam muzik Asia Tenggara seperti muzik gamelan, wayang kulit Kelantan dan makyong. Gongan ialah jangka masa tertentu yang ditandai gong agung pada bit terakhirnya yang menghasilkan pic paling rendah. Pic terdiri daripada 4, 8, 16, 32, 64 bit dan dibahagikan secara perduaan. Contoh gongan dalam gamelan Jawa ialah ladrang, lancaran, ketawang dan bubaran. |