chiropractic | kiropraktik | Perubatan | Tiada | Suatu sistem terapeutik yang didasarkan pada dakwaan bahawa penyakit disebabkan oleh fungsi tak normal sistem saraf. |
section modulus | modulus keratan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Modulus yang didasarkan kepada nisbah momen kedua keluasan 1 atau nisbah momen sifat tekun berbanding dengan jarak yang paling luar. Ia digunakan dengan meluas dalam rekabentuk rasuk atau tiang keluli. |
genetic code dictionary | kamus kod genetik | Bioteknologi | Tiada | Kamus yang didasarkan kepada kod-kod genetik. |
station-year method | kaedah stesen-tahun | Hidrologi | Tiada | Kaedah yang didasarkan kepada gabungan rekod dari beberapa stesen bebas dan rekod ini dianggapkan sebagai satu rekod tunggal. Panjang rekod tunggal ini adalah sama dengan hasil tambah setiap rekod individu stesen bebas (digunakan dalam analisis kekerapan). |
imaginative literature | kesusasteraan imaginatif | Kesusasteraan | Tiada | Kesusasteraan yang penulisannya lebih banyak didasarkan kepada imaginasi atau rekaan pengarang. |
associationism | faham perkaitan | Perubatan | Tiada | Teori yang menganggap bahawa semua kegiatan mental didasarkan pada kaitan di antara peristiwa mental asas seperti deriaan dan perasaan. |
Beaufort scale | skala Beaufort | Sains | Hidrometeorologi | Skala daya angin yang asal mulanya didasarkan pada keadaan laut, yang dinyatakan dalam angka dari 0 hingga 12. |
critical edition/critische uitgave | edisi kritis/suntingan ilmiah | Kesusasteraan | Tiada | Teks yang penyuntingannya didasarkan kepada beberapa versi untuk melahirkan sebuah naskhah yang baik bacaannya mengikut pandangan penyunting. Contoh: Hikayat Mohammad Hanafyyah suntingan L.F. Brakel. |
prognosis | prognosis | Sains | Hidrometeorologi | Keputusan peramal cuaca berkenaan keadaan cuaca yang akan datang yang didasarkan pada analisis. |
grade | gred | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kaedah pengelasan bahan seperti kayu, konkrit, keluli dan sebagainya yang didasarkan kepada ciri-ciri tertentu seperti kekuatan, saiz, jenis dan sifat-sifat lain. |