thermosiphon reboiler | pengulang didih termosifon | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengulang didih yang beroperasi dengan menggunakan konsep olakan semula jadi. Pengulang didih ini merupakan pengulang didih yang paling ekonomi untuk proses penyulingan dan penyejatan. Cecair yang dipanaskan disuap ke dalam tiub pemanas dan sebahagiannya dimeruapkan. Proses pemeruapan cecair ini mengurangkan ketumpatan bendalir supaya campuran wap dan cecair mendaki ke bahagian atas tiub. Ini menyebabkan lebih banyak bendalir sejuk disedut ke dalam tiub. Wap dan cecair meninggalkan bahagian atas tiub pemanas pada halaju yang agak tinggi. Wap tersebut diasingkan dan cecair disuap kembali ke bahagian bawah tiub pemanas. |
boiling point elevation | penaikan suhu didih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kenaikan suhu didih larutan yang melebihi suhu didih larutan tulen kerana tekanan wap yang kurang daripada tekanan wap air pada suhu yang sama. Pada tekanan yang ditetapkan, suhu didih sesuatu larutan adalah lebih tinggi daripada suhu didih larutan tulen. |
distillation range | julat penyulingan | Kejuruteraan | Tiada | Perbezaan antara takat didih awal dengan takat didih akhir yang diperoleh daripada ujian penyulingan. |
boiling point rise | kenaikan takat didih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai yang mewakili perbezaan suhu antara takat didih suatu larutan akueus dengan takat didih air pada suatu tekanan yang tetap. Keadaan ini terjadi apabila bahan boleh larat dicampurkan ke dalam air untuk membentuk larutan. |
average boiling point | takat didih purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai purata yang diambil sebagai takat didih suatu campuran yang terdiri daripada pelbagai komponen dan setiap komponen mempunyai takat didih yang berlainan. |
distillation | penyulingan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pemisahan campuran cecair pelbagai komponen berdasarkan takat didih komponen yang terkandung di dalamnya. Haba digunakan bagi memanaskan campuran pelbagai komponen ke takat didih sebelum proses pemisahan terjadi. Komponen bertakat didih rendah akan berubah menjadi wap dan dikeluarkan di bahagian atas, sementara komponen bertakat didih tinggi dihasilkan di bahagian bawah. |
distillation | penyulingan | Kimia | Biokimia | Proses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk memisahkan cecair kepada beberapa bahagian berdasarkan takat didih atau julat didih. |
Duhring�s rule | aturan Duhring | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aturan yang menyatakan bahawa suhu didih sesuatu larutan berfungsi secara linear dengan suhu didih larutan berkepekatan tertentu diplot melawan suhu didih air pada tekanan yang serupa, plot berbentuk linear akan terhasil. |
distillation test | ujian penyulingan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ujian piawai untuk menentukan takat didih awal, pertengahan dan akhir dalam julat takat didih hasil petroleum, seperti kreosot dan tar. Jumlah campuran bahan-bahan tertentu dalam kreosot dan tar dapat ditentukan dengan penentuan takat didih. |
elevation of boiling point | takat didih) | Kimia | Tiada | Penaikan takat didih larutan apabila bahan tidak meruap larut di dalam pelarut. |