media call report | laporan panggilan media | Komunikasi | Korporat | Kenyataan bercetak yang diedarkan kepada pemberita. Kenyataan ini mengandungi makluman tentang peristiwa yang akan berlaku, tempat, masa, dan maklumat lain seperti atur cara dan ringkasan peristiwa yang boleh membantu pemberita merancang liputan berita. Kenyataan makluman tersebut biasanya diedarkan kepada pemberita oleh penyunting pada waktu pagi sebelum sesuatu acara berlangsung. Makluman tersebut dapat membantu penyunting untuk melaksanakan agihan kerja dalam kalangan pemberita yang bertugas pada hari berkenaan.. |
censorship board | badan penapis | Komunikasi | Tiada | Sekumpulan petugas yang dilantik oleh sesebuah organisasi untuk menilai sesebuah filem atau bahan bercetak sebelum diedarkan kepada orang awam. Matlamat badan ini ialah untuk memastikan bahan yang dianggap negatif tidak diedarkan kepada masyarakat. |
dealer imprint | tanda pengedar | Komunikasi | Korporat | Nama dan alamat pengedar sesuatu barangan atau agen sesuatu perkhidmatan yang dicetak atau ditampal pada iklan yang diedarkan kepada khalayak. Ruang untuk mencetak nama dan alamat peniaga sering kali disediakan untuk tujuan cetakan tanda pengedar apabila diperlukan terutamanya dalam kempen promosi dan publisiti pengiklanan yang menggunakan kaedah hantaran pos. Fungsi tanda pengedar adalah untuk mengesahkan kesahihan dan kewibawaan barangan yang diedarkan. Tanda pengedar juga berfungsi untuk memastikan syarikat lebih bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan yang dilakukan selain untuk memudahkan bakal pelanggan menghubungi pengedar sekiranya diperlukan bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan selepas jualan. |
drilling fluid | bendalir gerudi | Geologi | Tiada | Bendalir yang diedarkan di dalam lubang gerudi semasa operasi penggerudian. |
drilling fluid | bendalir gerudi | Kejuruteraan | Tiada | Bendalir yang diedarkan di dalam lubang gerudi semasa operasi penggerudian. |
qualified circulation | edaran teristimewa | Komunikasi | Tiada | Bahan maklumat yang diedarkan hanya kepada khalayak terpilih sahaja yang boleh mempengaruhi kedudukan atau kepentingan sesebuah organisasi. |
handbill | surat sebaran | Komunikasi | Tiada | Maklumat atau iklan yang diedarkan melalui tangan kepada orang ramai dalam bentuk kertas bercetak. |
national newspaper | surat khabar nasional | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang diedarkan ke seluruh negara. Contohnya, surat khabar Utusan Malaysia. |
canned sight | pemandangan siaga | Komunikasi | Tiada | Filem atau video yang diedarkan oleh syarikat pengedar untuk diteliti oleh pihak stesen sebelum dipilih untuk tujuan tayangan. |
clandestine literature | penerbitan haram | Perpustakaan | Tiada | Penerbitan yang dicetak, diterbitkan dan diedarkan secara sulit yang biasanya berbau politik yang bertujuan menentang kuasa kerajaan. |