Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diet] | ديئت

Definisi : 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diet] | ديئت

Definisi : /diét/ 1 makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2 makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3 = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fad dietdiet fadMakanan dan PemakananPemakananJenis diet yang menjanjikan penurunan berat badan secara pantas, biasanya melalui diet yang tidak sihat dan tidak seimbang. Diet ini disasarkan kepada individu yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas tanpa melakukan senaman. Penggunaan sesetengah diet ini boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Contohnya, diet Atkins, diet tinggi protein dan diet rendah lemak.
low fibre dietdiet serabut rendah; diet gentian rendahSosiologiTiadaTiada
low fibre dietdiet serabut rendah; diet gentian rendahVeterinarTiadaTiada
ketogenic dietdiet ketogenikPerubatanTiadaDiet yang mengandungi jumlah lemak yang tinggi, dan jumlah protein dan karbohidrat yang minimum.
cariogenic dietdiet kariogenikPerubatanTiadaDiet yang boleh menggalakkan dan menyebabkan pembentukan karies.
balanced dietdiet seimbangPentadbiran PerniagaanTiadaDiet yang menggunakan hidangan makanan lengkap yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian dan air.
balanced dietdiet seimbangPentadbiran PerniagaanTiadaDiet yang menggunakan hidangan makanan lengkap yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian dan air.
therapeutic dietdiet terapiMakanan dan PemakananTeknologi MakananDiet yang dirumuskan khusus untuk merawat penyakit atau gangguan metabolik.
DASH dietdiet DASHMakanan dan PemakananPemakananPelan corak pemakanan yang kebiasaannya dicadangkan kepada individu yang ingin mencegah atau merawat hipertensi dan mengurangkan risiko penyakit hati. Diet DASH menekankan pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran serta produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh, kekacang, ikan, dan ayam dengan mengurangkan pengambilan daging merah, mentega, dan makanan tinggi lemak. Gabungan diet DASH dengan pengambilan natrium (garam) yang rendah lebih berkesan untuk menurunkan hipertensi.
supplement dietdiet tambahanVeterinarTiadaCampuran makanan yang diberi kepada ternakan untuk membetulkan kekurangan tenaga atau nutrien tertentu. Bahan ini kerap diberi kepada haiwan yang kekurangan makanan atau yang meragut pastura berkualiti rendah. Bahan ini juga diberi kepada anak ternakan yang tidak mendapat susu secukupnya atau mengalami kekurangan nutrien. Pada kebiasaannya, diet ini dimasukkan pada aras 25-30% daripada keperluan makanan harian dan dapat membekalkan tenaga dan protein. Mil isirung kelapa sawit, dedak padi dan molases kerap digunakan sebagai diet tambahan pada ternakan ruminan. Sinonim makanan tambahan.
12345678910...

Kembali ke atas