dominated row | baris terdominan | Pentadbiran | Tiada | Baris yang digugurkan daripada matriks kerana tidak diperlukan lagi dalam penyelesaian masalah. |
dominated column | lajur terdominan | Pentadbiran | Tiada | Lajur yang digugurkan daripada matriks kerana ia tidak diperlukan lagi dalam penyelesaian masalah. |
المعضل | Ḥadīth mu’ḍḍal | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang digugurkan dua orang perawi berturut-turut pada pertengahan sanadnya. |
headless line | baris kurang suku | Kesusasteraan | Tiada | Baris puisi yang digugurkan suku kata yang tidak ditekankan di awalnya. |
abortus | keguguran; abortus | Perubatan | Tiada | 1. Abortus: Fetus yang telah digugurkan yang beratnya kurang daripada 500 g pada waktu keguguran . 2. Keguguran: Keadaan terkeluarnya kandungan uterus.,. 2. Keguguran: Keadaan terkeluarnya kandungan uterus |
overflow chute | pelongsor limpah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Petak yang dikhaskan untuk mengisi karung mel yang tidak digugurkan dari pangsi kerana petak-petak lain telah penuh atau apabila berlaku kesilapan mengekod karung mel semasa penghantaran karung mel dibuat. |
opposite side | sisi bertentangan | Matematik | Tiada | 1. Sisi yang bukan lengan kepada sudut berkenaan pada sesuatu segi tiga. 2. Dua sisi yang apabila digugurkan daripada poligon dengan bilangan sisi yang genap, menghasilkan dua bahagian berasingan dengan bilangan sisi yang sama. RUJUK RAJAH M.S. 124 |
Darmesteter's law | hukum Darmesteter | Linguistik | Tiada | Hukum anjakan bunyi yang menerangkan bahawa dalam perubahan bahasa Latin ke bahasa Perancis, suku kata yang mendahului secara langsung suku kata bertekanan akan digugurkan kecuali suku kata tersebut mengandungi vokal []. Hukum ini dicipta oleh Darmesteter. |
inverted pyramid | piramid terbalik | Komunikasi | Tiada | Penulisan yang mendahulukan bahan yang lebih penting manakala bahan yang kurang penting dikemudiankan. Ini kerana, apabila berlaku kekurangan ruang di dalam akhbar, bahan yang kurang penting boleh digugurkan tanpa menjejaskan berita berkenaan. |
cryptographic hashing | cincangan kriptografi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Cincangan sehala yang menggunakan teknik penyulitan untuk mengubah bentuk mesej asal sebelum pembuangan bit data dilakukan untuk proses cincangan. Cincangan kriptografi tidak boleh disongsangkan untuk memperoleh mesej asal kerana beberapa bit data digugurkan dalam proses tersebut. Antara ciri cincangan kriptografi ialah kepanjangan mesej sebelum dan selepas proses adalah sama, walaupun beberapa bit data telah dibuang. Ini menyebabkan cincangan kriptografi boleh digunakan sebagai proses transformasi kekunci dalam algoritma penyulitan seperti DES dan AES. |