Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diharapkan

Peribahasa

Lepas putih hitam tak dapat.

Bermaksud :

Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solicitationpengumpananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan memujuk untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi melakukan sesuatu seperti yang diharapkan oleh pihak yang mengumpan. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau satu kelompok terhadap individu lain seperti pemimpin atau badan tertentu. Melalui pengumpanan ini, diharapkan individu yang diumpan terdorong untuk memenuhi kehendak atau melakukan sesuatu pertolongan yang diharapkan oleh pengumpan. Biasanya pengumpanan ini melibatkan ganjaran tertentu yang dijanjikan. Contohnya, wang dan janji pembangunan sering dijadikan umpan untuk mendapatkan undi oleh calon dalam pilihan raya.
postulated readerpembaca harapanKesusasteraanTiadaGolongan pembaca atau khalayak yang diharapkan menjadi sasaran oleh pengarang dalam tulisannya.
instructional outcomehasil pengajaranPendidikanTiadaKenyataan tentang pencapaian pelajar yang diharapkan selepas mengikuti sesuatu program pengajaran, lazimnya digunakan dalam reka bentuk pengajaran.
bathosbatosKesusasteraanPuisiKegagalan khalayak pembaca mendapat sesuatu kesan yang diharapkan setelah membaca sesebuah puisi atau bentuk-bentuk kesusasteraan yang lain. Umpamanya pembaca mengharapkan rasa gembira, tetapi setelah membacanya, timbul perasaan sedih. Sinonim kesan sumbang.
anti-climaxantiklimaksKesusasteraanTiadaKekecewaan khalayak apabila klimaks dalam cerita yang diharapkan tidak tercapai.
confidence intervalsela keyakinanPerubatanTiadaSelang yang terdiri daripada dua nilai yang diharapkan boleh memberi anggaran untuk sesuatu kumpulan.
goal specificationpenentuan matlamatPendidikanTiada1. Proses menentukan sasaran dan hasil yang diharapkan daripada program atau kursus sebelum dilaksanakan.
real intrest ratekadar bunga sebenarPentadbiranTiadaKadar pulangan tanpa inflasi yang diharapkan oleh seorang yang memberi pinjaman.
altered role performanceprestasi peranan terubahPerubatanTiadaKetidakupayaan individu menjalankan tanggungjawab yang diharapkan oleh orang lain.
dysfunctional familykeluarga disfungsiGerontologiTiadaKeluarga yang tidak memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Contohnya, mengabaikan tanggungjawab terhadap anak, keluarga dan masyarakat.
12345

Kembali ke atas