lip habit | tabiat bibir | Pergigian | Tiada | Tabiat mengetam bibir yang boleh menyebabkan gigi hadapan maksila atau mandibel masuk ke dalam. Tabiat ini sukar dihindari kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit. Sekiranya tabiat ini tidak dibendung, susunan gigi akan terjejas dan memerlukan rawatan ortodontik untuk memperbaikinya semula. |
pump off | pam habis | Kejuruteraan | Petroleum | Mengepam telaga dengan cepat hingga ke aras bendalir. Biasanya minyak turun ke aras yang lebih rendah dari aras injap pegun pam berkenaan dan pam akan berhenti beroperasi. Kejadian ini biasanya dihindari dengan cara meletakkan atau memasang pam pada kedalaman yang tepat di dalam telaga sehingga tidak mungkin aras bendalir akan berada di bawah injap pegunnya. |
foot valve | injap kaki | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis injap sehala yang dipasang pada hujung alur masuk paip penyedut yang terdapat pada pam. Dengan adanya injap ini, pam berkenaan akan tetap penuh dengan cecair di dalamnya apabila pam tidak berada dalam keadaan beroperasi kerana cecair hanya boleh tersedut masuk ke dalam pam tetapi tidak boleh keluar pada tempat yang sama semasa pam tidak beroperasi. Dengan demikian, beberapa masalah yang boleh timbul akibat aliran balik cecair di dalam pam boleh dihindari seperti masalah kakisan komponen atau bahagian dalam pam. |