certified seed | Biji benih berdaftar/ biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf. |
distinctive emblem | lambang pembeza | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tanda yang diiktiraf oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi membezakan pegawai perubatan dan agama, unit dan pengangkutan perubatan, kakitangan dan harta Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa daripada golongan penempur dan objek ketenteraan. Seseorang yang menyasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza telah dikira sebagai melakukan jenayah perang. Seseorang yang menyalahgunakan lambang pembeza juga dianggap telah melakukan jenayah perang. Antara lambang pembeza yang diiktiraf dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa ialah palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah. |
accredited milk | susu diiktiraf | Pentadbiran Perniagaan | Sains dan Teknologi Makanan | Tiada |
approved library school | sekolah perpustakaan yang diiktiraf | Perpustakaan | Tiada | Sekolah untuk pengajian sains perpustakaan atau agensi-agensi latihan lain yang diperakui oleh Majlis Peperiksaan Negeri atau agensi pendidikan yang dapat memenuhi standard tanpa mengambil kira pentauliahan melalui Persatuan Perpustakaan Amerika. |
Certified seed stock | Stok biji benih berdaftar/biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Simpanan biji benih berdaftar yang terdapat di institusi seperti institut penyelidikan, universiti, jabatan kerajaan atau syarikat biji benih. Stok ini dikawal rapi untuk menjamin ketulenan varieti dan digunakan untuk pembiakbakaan varieti tesebut. |
media specialist | pakar media | Pendidikan | Tiada | Seseorang yang diiktiraf kepakarannya dalam hal media dan berkhidmat di pusat sumber. |
value part | nilai unsur | Sukan | Tiada | Unsur yang diiktiraf oleh F.I.G dan mempunyai nilai masing-masing. Ia dikategorikan sebagai A, B, C, D dan E. |
official language | bahasa rasmi | Sukan | Tiada | Bahasa rasmi yang diiktiraf oleh A.I.B.A. dan boleh digunakan dalam acara perlawanan tinju ialah bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Rusia, Jerman dan Arab. |
standard | piawai/standard | Sosiologi | Tiada | 1. Sesuatu yang diterima atau diiktiraf dan dijadikan dasar untuk mengukur atau menilai dan sebagainya sesuatu yang lain seperti berat, isi padu dan sebagainya. |
adjudicated rights | hak teradjudikasi | Undang-undang | Tiada | Hak yang telah diiktiraf dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran. |