Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diimplementasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Art DecoArt DecoKesenianSeni BinaGaya seni yang bermula dari tahun 1920-an yang diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan bahan sintetik seperti plastik. Gaya seni ini bermotifkan corak geometri dan menggunakan warna terang dan jelas. Gaya Art Deco dianggap sebagai gaya yang berwawasan dan termasuk dalam gaya moden. Contoh bangunan yang bercirikan gaya Art Deco ialah puncak menara bangunan Chrysler, yang dibina antara tahun 1928-1930. Di Malaysia, contoh bangunan yang mempunyai ciri Art Deco ialah Bangunan Institute Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Art NouveauArt NouveauKesenianSeni BinaGaya seni halus dan seni gunaan yang bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bercirikan motif garis arus berombak, berunsurkan objek alam dan menggunakan warna semula jadi. Gaya ini diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan fabrik. Gaya Art Nouveau lebih banyak menggunakan bahan-bahan baharu seperti kaca dan kurang menggunakan bahan daripada besi. Contoh bangunan yang mempunyai gaya Art Nouveau ialah bangunan gereja Sagrada Familia di Barcelona, Sepanyol yang direka oleh Antoni Gaudi.

Kembali ke atas