fautes intentionelles ou seviles Per. | silap hasratan | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali. |
diversion | pesongan | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang atau cara atau kendalian yang dilakukan untuk menyebarkan atau mengalirkan bendalir perawatan telaga ke arah yang diinginkan, di dalam lubang telaga. Ini termasuk juga kendalian yang dilakukan untuk mencegah bendalir perawatan daripada memasuki zon-zon tertentu dalam formasi. Atur cara ini perlu dilakukan dalam perawatan pengasidan matriks dan juga dalam pekerjaan peretakan. Terdapat berbagai-bagai teknik pemesongan atau agen pemesongan yang biasa digunakan seperti teknik pemesong mekanikal, pemesong bendalir likat, bebola pengedap dan lain-lain. |
aeration | pengudaraan | Kejuruteraan | Petroleum | Teknik penyuntikan udara atau gas ke dalam bendalir. Penyuntikan udara atau gas tersebut dilakukan bagi memperoleh sifat-sifat bendalir yang diinginkan, seperti udara disuntikkan ke dalam lumpur penggerudian bagi menurunkan ketumpatan lumpur tersebut. Penyuntikan biasanya dilakukan pada tekan tinggi dan pada tangki yang di dalamnya terkandung bendalir yang akan disuntiki udara atau gas. |
wall paper | kertas dinding | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kertas bercorak dan bertekstur yang digunakan untuk menutup permukaan dinding atau siling bagi mewujudkan sesuatu suasana yang diinginkan. |
superior female | betina bermutu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan yang dipilih dalam kalangan haiwan betina untuk dijadikan pembaka. Pemilihan haiwan betina bermutu ini perlu memenuhi ciri yang diinginkan seperti mempunyai rekod pengeluaran susu, telur dan daging yang tinggi, berkebolehan menjadi ibu yang baik serta mudah melahirkan anak. |
process control method | kaedah kawalan proses | Kimia | Kimia Analisis | Pengawasan pembolehubah dalam proses kimia dengan penunjuk tekanan, suhu, aliran dan lain-lain yang biasanya dilakukan di bilik kawalan untuk mendapatkan perubahan yang diinginkan pada hasil yang dikeluarkan. |
implied reader | pembaca tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani. |
mud conditioning | pengawalan lumpur | Kejuruteraan | Petroleum | Proses perawatan dan pengawalan terhadap bendalir penggerudian untuk memastikan bahan-bahan lumpur tersebut memiliki kekuatan gel, kelikatan, ketumpatan serta lain-lain sifat yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki. Pengawalan ini mungkin termasuk penggunaan bahan tambah, pembuangan pasir dan pepejal-pepejal lain, penyah gas, penambahan air dan sebagainya, sesuai dengan sifat lumpur yang diinginkan untuk sesuatu telaga atau kedalaman tertentu. |