breash of covenant | mungkir waad | Undang-undang | Tiada | Tidak melaksanakan perkara yang dipersetujui atau melakukan perkara yang dijanjikan tidak akan dilakukan atau tidak melakukan perkara yang dijanjikan. |
daman ‘uhdah | jaminan janji | Perniagaan Islam | Tiada | Tanggungan untuk menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan. Contohnya, dalam urus niaga jual beli bertangguh, pihak penghutang hendaklah menyegerakan bayaran hutang mengikut tempoh yang dijanjikan. Dalam perkhidmatan penghantaran cepat pula, unsur jaminan penghantaran dalam tempoh tertentu adalah sangat penting. |
bribe | sogok | Undang-undang | Tiada | Pemberian atau hadiah yang diberi atau dijanjikan dengan niat untuk mempengaruhi perlakuan seseorang. |
inventory master file | fail induk inventori | Pentadbiran | Tiada | Fail komputer yang mengandungi senarai semasa, dalaman, pesanan dan inventori yang telah dijanjikan. |
conditional joy | nikmat bersyarat | Kesusasteraan | Tiada | Motif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains. |
daman ju’al | jaminan upah | Perniagaan Islam | Tiada | Jaminan untuk memberi ganjaran dalam bentuk upah terhadap kerja tertentu yang telah diselesaikan. Contohnya, ganjaran yang dijanjikan oleh pihak syarikat kepada pihak yang dapat membantu dalam kes kebakaran kilang. |
deposit | cengkeram | Ekonomi | Tiada | Sebahagian wang yang pembeli bayar dahulu sebagai tanda setuju membeli barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual. Bayaran sepenuhnya akan dibuat kemudian apabila pembeli ingin mengambil barang tersebut atau ingin mendapatkan perkhidmatan yang dijanjikan. |
sanad nasib | bon dividen | Perniagaan Islam | Tiada | Bon yang diterbitkan dengan nilai catatan sama dengan nilai sebenar. Bon ini diberi faedah berdasarkan tempoh tertentu melalui undian setelah cukup tempoh bagi memilih bon yang boleh dibayar semula berserta dengan faedah yang dijanjikan, dan memilih bon yang tidak diberi faedah. Bon dividen diharamkan oleh syarak kerana dianggap seperti loteri atau judi. |
sanad mustahaqq wafa’ bi ‘alawah isdar | bon dapat bayaran balik lebih tinggi daripada nilai terbitan | Perniagaan Islam | Tiada | Pemberian wang untuk diperniagakan oleh syarikat dalam tempoh dan nilai tertentu secara hutang, iaitu harga terbitan. Pemulangan semula wang dengan nilai yang lebih tinggi dijanjikan selepas tempoh matang, iaitu dengan nilai tambahan daripada nilai asal yang dinamakan kenaikan harga terbitan. Contohnya, kerajaan atau syarikat menerbitkan bon dengan nilai harga RM50 bagi satu unit dan menjanjikan pembayaran balik RM60 selepas tempoh matang, iaitu kenaikan harga terbitan sebanyak RM10. Oleh itu, pemegang bon memperoleh keuntungan RM10. Pemegang bon tidak mendapat sebarang keuntungan sekiranya menjual bon sebelum tempoh matang. Mengikut syarak, kenaikan harga terbitan dianggap sebagai riba. |
reward appeal | pemikat berganjar | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan ganjaran. Usaha ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, menggunakan daya tarikan berdasarkan faedah yang diperolehi secara langsung kesan daripada penggunaan barangan yang diiklankan. Contohnya, dengan membeli sesuatu barangan kesihatan, seseorang dapat mengalami kesan positif dalam tempoh masa yang dijanjikan. Kedua, mendapatkan faedah barangan atau perkhidmatan lain sebagai ganjaran pembelian. Contohnya, dengan pembelian satu barangan, pembeli akan mendapat satu barangan yang sama atau barangan lain sebagai ganjaran secara percuma. Pendekatan daya tarikan biasanya dilakukan apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan itu baharu diperkenalkan di pasaran atau apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan tersebut mengalami kemerosotan permintaan. Dalam proses pengiklanan, pelaksanaannya sebagai strategi menarik perhatian khalayak. |