proverbial phrase | peribahasa prosa | Kesusasteraan | Tiada | Peribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425] |
Sharpney’s cell | sel Sharpney | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel yang dikandung oleh longgokan gentian putih bak karang dan gentian kenyal yang menembusi serta mengikat lamela periosteum. |
frost splitting | pembelahan ibun | Geologi | Tiada | Pembelahan atau penyepaian batuan akibat pembekuan air yang dikandung. |
frost weathering | luluhawa ibun | Geologi | Tiada | Pembelahan atau penyepaian batuan akibat pembekuan air yang dikandung. |
overbank deposit | mendapan lampau tebing | Geologi | Tiada | yang dimendapkan dari ampaian di dataran banjir oleh air banjir yang tidak dapat dikandung oleh alur sungai. |
relative humidity | kelembapan relatif | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nisbah jumlah lembapan udara berbanding dengan jumlah lembapan yang dapat dikandung pada takat tepu udara pada suhu yang sama. Nisbah ini biasanya dinyatakan dalam peratusan. |
relative humidity | kelembapan relatif | Pertanian | Agronomi | Ukuran status kelembapan udara. Kandungan air dalam udara dalam suatu tempoh dinyatakan sebagai peratus daripada kandungan air maksimum yang dapat dikandung oleh udara pada suhu tertentu. Contohnya, pada waktu pagi, kelembapan relatif biasanya hampir 100 peratus, manakala pada waktu tengah hari, air dalam udara tersejat dan kelembapan relatif akan menurun. Alat untuk mengukur kelembapan relatif ialah termometer bulba basah dan termometer bulba kering. |
rubella | rubela | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini termasuklah selsema, demam panas dan ruam yang menyeluruh. Pada ibu yang hamil jangkitan ini boleh membawa kecacatan kongenital terhadap bayi yang sedang dikandung. Penyakit ini dikenali juga sebagai campak German atau campak Perancis. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |
cross rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua. |