radiation self-decomposition | penguraian kendiri sinaran | Kejuruteraan | Tiada | Penguraian bahan radioaktif disebabkan oleh sinaran yang dikeluarkannya. |
self-irradiation | swapenyinaran | Kejuruteraan | Tiada | Fenomenon tidak diingini apabila sebatian berlabel yang lama tersimpan terurai akibat sinaran yang dikeluarkannya sendiri. |
generator loss | kehilangan penjana | Teknik | Elektrik | Perbezaan di antara kuasa yang diterima oleh penjana dengan kuasa yang mampu dikeluarkannya. Kehilangan ini terjadi disebabkan oleh faktor geseran, kepanasan, kehilangan kuprum dan sebagainya. |
herbal gargle | bahan kumur herba | Herba | Tiada | Larutan herba yang digunakan untuk mencuci dan merawat bahagian tekak dan tenggorokan. Larutan ini dikumur, dan kemudian dikeluarkannya dari mulut dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih dan pudina. |
shunt generator | penjana pirau | Teknik | Elektrik | Penjana arus terus yang belitan medan piraunya disambung selari dengan angker dan litar luar, dan angker membekalkan kedua-dua arus beban dan arus medan. Penjana ini boleh menguja sendiri dan boleh menjana terus sehingga ke nilai voltan pangkalannya (tidak dipengaruhi oleh beban), dan voltan yang dikeluarkannya malar selagi penjana ini tidak dibebankan sehingga ke tahap beban maksimum, tetapi arusnya berubah mengikut beban. Beban yang melebihinya akan menyebabkan voltan keluaran berkurangan dan merosakkan mesin itu kerana cuba menambah arus. Penjana ini biasanya digunakan untuk bekalan lampau arus terus. |
core competency | kebolehcekapan teras | Pengurusan | Perancangan | Kekuatan utama dan unik yang boleh menjadi kelebihan dalam persaingan dan dapat menawarkan nilai barangan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Tujuan mengenal pasti dan meningkatkan kebolehcekapan teras adalah untuk melindungi kepentingan organisasi daripada diatasi pesaing. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar akan melindungi dan meningkatkan kebolehcekapan terasnya dalam sistem operasi dalaman (iOS) melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini dilakukan supaya sistem operasi dalaman bagi telefon yang dikeluarkannya menjadi peneraju utama dan yang mendahului di pasaran. |