apple capsid | kapsid epal | Biologi | Entomologi | Kutu tumbuhan dalam order Heteroptera. Serangga yang menyerang pokok willow ini turut menjadi perosak yang serius bagi tanaman epal. Famili serangga ini yang dahulunya dikenal sebagai Capsidae, kini dikenal sebagai Miridae. |
origin of replication | asalan pereplikaan | Bioteknologi | Tiada | Jujukan bes yang dikenal pasti sebagai tempat bermulanya tapak pereplikaan molekul DNA. DNA yang mengandungi jujukan asalan pereplikaan dikenal sebagai replikon. ori. |
external galaxy | galaksi luaran | Matematik | Tiada | Nebula luar galaksi, yang sekarang ini dikenal sebagai satu lagi galaksi, seperti Bimasakti kita sendiri. Pada suatu masa dahulu galaksi ini dikenal sebagai alam semesta pulau. |
morphologic unit | unit morfologi | Geologi | Tiada | 1. Permukaan, sama ada permukaan mendapan atau permukaan hakisan yang dapat dikenal menerusi ciri-ciri topografinya.,2. Unit stratigrafi batuan yang dapat dikenal pasti menerusi featur-featur topografinya. |
risk analysis | analisis risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Penilaian kebarangkalian kehilangan dan magnitud kehilangan bagi setiap butir yang dikenal pasti risikonya. Keutamaan kawalan dilakukan pada taraf turutan butir berdasarkan risiko yang dikenal pasti dan dianalisis ke atas setiap butir. Analisis ini merupakan salah satu fasa dalam pengurusan risiko. |
ecomone/ ecohormone | ekomon | Biologi | Entomologi | Bahan semiokimia yang dirembeskan yang dirembeskan secara semula jadi oleh organisma. Bahan ini dibahagkan kepada: (a) bahan kimia yang bertindak dalam spesies dan dikenal sebagai feromon, (b) bahan kimia yang bertindak antara spesies dan dikenal sebagai alomon, kairomon, dan sinomon, dan (c) bahan kimia yang dikeluarkan oleh bahan busuk dan dikenal sebagai apneumon. |
initiation factor | faktor permulaan | Biologi | Genetik | Protein yang bergabung dengan submit kecil ribosom secara khusus pada peringkat permulaan sintesis protein. Pada prolariot, protein ini dikenal sebagai IF, manakala pada eukariot, dikenal sebagai eIF. |
muscardine fungus | kulat muskardin | Biologi | Mikologi | Nama am bagi kulat patogen yang menjangkiti ulat sutera dan serangga-serangga lain. Kulat ini yang berwarna hijau dikenal sebagai Metarrhizium anisopliae dan yang berwarna kuning pula dikenal sebagai Isaria farinosa. |
elongation factor | faktor pemanjangan | Biologi | Genetik | Protein yang diperlukan untuk penambahan setiap asid amino semasa pemanjangan rantai polipeptida nasen dalam sintesis protein. Pada prokariot, protein ini dikenal sebagai EF, manakala pada eukariot dikenal sebagai eEF. |
sp. | sp. | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies. |