glycocalyx | glikokaliks | Veterinar | Praklinikal | Lapisan likat di sekeliling sel. Lapisan ini kaya dengan karbohidrat dan asid amino. Glikokaliks yang mengandungi bahan bergelatin terkumpul dan terikat kuat pada permukaan sel dikenali sebagai kapsul. Glikokaliks dikenali sebagai lapisan likat sekiranya tidak tersusun dan tidak terikat kuat pada sel. Pada bakteria; glikokaliks berfungsi untuk menghalang fagositosis dan membantu bakteria untuk melekat pada permukaan seperti batu; rambut dan gigi. Glikokaliks juga wujud pada permukaan luar mikrovilus usus kecil. Glikokaliks berfungsi untuk melindungi sel usus daripada enzim pencernaan dalam usus. |
directory | direktori | Teknologi Maklumat | Perisian | Bekas maya dalam sistem fail berdigit. Direktori boleh terdiri dengan sendirinya yang dikenali sebagai direktori akar atau direktori utama. Direktori ini boleh juga mengandungi beberapa direktori lain, yang dikenali sebagai subdirektori. Direktori akar atau direktori utama merupakan direktori peringkat tertinggi dalam satu sistem fail komputer. Dalam sistem pengendalian Windows, direktori dikenali sebagai folder. |
tetrachord | tetrakord | Kesenian | Tiada | Bahagian empat not pertama dalam skala yang dikenali sebagai tetrakord pertama dan bahagian empat not kedua dalam skala yang dikenali sebagai tetrakord kedua. |
substantia compacta | substantia kompakta | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian luar tisu oseius yang kadangkala dikenali sebagai korteks, dan bahagian dalamnya dikenali sebagai substantia spongiosa. |
formula tales | cerita formula | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mempunyai ciri-ciri keseragaman yang tertentu, yang boleh dikenali oleh pembacanya. Contoh: cerita-cerita Panji dikenali melalui empat buah kerajaan dan nama khusus wira serta wirawatinya. |
Local name | Nama tempatan | Pertanian | Tiada | Nama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya Tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang gunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata). |
gamete | gamet | Biologi | Genetik | Sel pembiakan jantan atau betina yang matang yang terhasil daripada proses gametogenesis. gamet jantan dikenali sebagai sperma, dan gamet betina pula dikenali sebagai ovum. sel seks. |
visibility | ketampakan | Sains | Hidrometeorologi | Jarak terjauh sesuatu benda yang mempunyai ciri tertentu dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam, benda itu dapat dilihat dan dikenali sekiranya tahap pencahayaan umum disamakan dengan aras hari siang biasa. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter atau ela, manakala ketampakan tinggi dalam kilometer atau batu. Laporan ketampakan umumnya merujuk ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik. |
local name | nama tempatan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Nama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya, tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang digunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya, tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata). |
phototropism | fototropisme | Pertanian | Agronomi | Tumbesaran tumbuhan yang dipengaruhi oleh cahaya. Contohnya, tumbesaran pucuk yang mengikut arah cahaya dikenali sebagai fototropisme positif, manakala tumbesaran akar yang bergerak melawan arah cahaya dikenali sebagai fototropisme negatif. |