rotary switch | suis berputar | Teknik | Elektrik | Suis yang dikendalikan secara putaran. Biasanya beberapa suis akan dikendalikan dengan hanya membuat sedikit pergerakan. Misalnya, suis pemilihan pada meter pelbagai. |
door switch | suis pintu | Teknik | Elektrik | Suis yang dikendalikan setiap kali pintu dibuka atau ditutup, suis ini biasanya dikendalikan secara mekanik atau kendalian magnet. Suis pintu digunakan, sebagai contohnya, dalam litar penggera kecurian. |
door opener | pembuka pintu | Teknik | Elektrik | Peranti yang dikendalikan untuk membuka pintu rumah atau bangunan secara automatik. Bisanya peranti ini dikendalikan oleh motor atau menggunakan sistem hidraulik. |
megger | penguji mega | Teknik | Elektrik | Meter untuk mengukur rintangan yang tinggi sehingga ke 1000 megaohm. Meter ini mungkin dikendalikan secara penjana arus terus yang digerakkan dengan tangan atau dikendalikan dengan bateri. Sinonim meter megaohm. |
dynamometer | dinamometer | Teknik | Elektrik | 1. Peranti untuk mengukur daya kilas mesin berputar dan seterusnya menentukan kuasa keluaran mesin tersebut. Peranti ini dikendalikan secara elektrik atau mekanik. 2. Peranti elektrik yang dikendalikan berdasarkan perhubungan dua gegelung, satu tetap dan satu bergerak, dan digunakan untuk mengukur voltan, arus, atau watt. |
subsurface pump | pam subpermukaan | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang jenis pam yang dalam penggunaannya diletakkan di dalam lubang telaga di subpermukaan. Pam ini dikendalikan dari permukaan dengan menggunakan medium penghantar tenaga seperti kabel elektrik, rod dan lain-lain, atau dikendalikan dengan menggunakan motor elektrik yang diletakkan bersama-sama pam berkenaan. Berguna bagi memasukkan bendalir dari formasi ke dalam tetiub dan selanjutnya mengangkat bendalir dari dasar tetiub ke tetiub dan selanjutnya mengangkat bendalir dari dasar tetiub ke permukaan. Contohnya ialah pam roda penyedut dan sebagainya. |
collar locator | penempat relang | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti pengelogan yang dikendalikan secara mekanikal atau magnet bagi menghasilkan log yang boleh menunjukkan kedudukan setiap relang selongsong atau gandingan selongsong yang telah dipasang di dalam telaga. Peranti ini juga boleh digunakan untuk tujuan sekaitan kedalaman dan boleh menentukan kedalaman telaga dengan lebih tepat. Peranti ini dimasukkan ke dalam telaga dengan bantuan talian dawai yang dikendalikan dan dikawal dari permukaan. |
analogue | analog | Teknik | Elektrik | 1. berkenaan kumpulan alat pengukuran elektrik dan elektronik yang menggunakan jarum atau pen untuk merakamkan atau menunjukkan sesuatu bacaan. 2. berkenaan litar elektronik yang hanya boleh dikendalikan untuk sesuatu tujuan sahaja. 3. berkenaan litar elektronik yang boleh mengeluarkan beberapa bacaan voltan atau arus, atau dikendalikan pada voltan yang pelbagai julat. misalnya, litar penguat, litar pembilang getar, dan litar pengayun. |
audio-tutorial | audiotutorial | Pendidikan | Tiada | Tutorial yang dikendalikan dengan menggunakan pelbagai bahan dan bimbingan melalui rakaman audio. |
jackscrew | bicu | Fizik | Mekanik | Jek yang dapat dikendalikan dengan mekanisme skru. |