pool | genangan; pengumpulan: kolam | Kejuruteraan | Tiada | 3. Kawasan air yang dikepung dalam takungan oleh empangan, atau oleh pintu-pintu air.,4. Baji untuk memecah dalam kuari atau lombong. |
boxed | kepung apit | Sukan | Tiada | Kepung apit: Keadaan apabila pelari dikepung di bahagian depan, sisi, dan belakang oleh pelari lain sehingga menyukarkan pergerakan pelari tersebut. |
enclosure | lingkungan; kurungan; berbendung | Geografi | Tiada | Sebuah kawasan atau tempat yang dikepung dengan menggunakan pagar dan sebagainya. |
animal corral | kandang haiwan | Geografi | Tiada | Tempat di mana binatang seperti kuda, lembu dikepung dalam sebuah kandang. |
besieged area | kawasan terkepung | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kawasan yang berbenteng kukuh atau berkubu, yang dikepung oleh kekuatan tentera musuh bagi memaksa pihak di dalamnya menyerah diri. Kawasan terkepung biasanya dikaitkan dengan satu siri serangan tentera yang berpanjangan atau sekatan ke atas sebuah bandar atau kubu dengan niat untuk menakluk bandar atau kubu tersebut dengan cara kekerasan. Contohnya, Bandar Homs di Syria telah menjadi kawasan terkepung akibat tindakan tentera kerajaan Syria yang menyerang pemberontak yang berkubu sejak 2011. Pengeboman yang dilakukan secara sewenang-wenang sehingga mengorbankan banyak nyawa orang awam boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang peperangan. |