Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikuatkuasakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enforceableboleh dikuatkuasakanUndang-undangTiadaTiada
not enforceable by lawtidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undangUndang-undangTiadaTiada
Environmental Quality ActAkta Kualiti Alam SekelilingKejuruteraanTiadaAkta yang dikuatkuasakan di Malaysia berhubung dengan pencegahan, penghapusan, pengawalan pencemaran dan peningkatan kualiti alam sekitar, serta perkara yang berkaitan dengannya.
aspect of implementationaspek pelaksanaanPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang dikuatkuasakan dalam bentuk penyelarasan perjalanan, pengawalan, pemantauan, pemeriksaan dan penilaian dalam sesebuah organisasi. Aspek pelaksanaan akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek dan program yang dirancang. Aspek ini melibatkan pelbagai peringkat bermula dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat penguatkuasaan. Contohnya, sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna terhadap hal ehwal keselamatan dan undang-undang.

martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
green stickerpelekat hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem pelabelan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang agar dilekatkan pada produk pengguna. Pelekat hijau digunakan untuk menggambarkan penggunaan tenaga yang efisien atau pengurangan terhadap pencemaran berbanding dengan produk konvensional. Contohnya, pelekat bintang tenaga.
by virtue ofoleh sebab; menurut kuasaUndang-undangTiadaSesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dikuatkuasakan disebabkan oleh atau menurutnya.
exercise limithad laksanaPentadbiran PerniagaanTiadaBilangan kontrak opsyen yang sama jenis yang boleh dikuatkuasakan dalam satu-satu tempoh tertentu.
open interestkepentingan terbukaPentadbiran PerniagaanTiadaKedudukan opsyen atau kontrak hadapan yang belum lagi ditutup, dikuatkuasakan atau tamat tempohnya.
security policy modelmodel dasar keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangka asas untuk dasar keselamatan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah organisasi untuk prasarana sistem maklumatnya. Rangka ini mengenal pasti set petua dan amalan yang menentukan cara sistem maklumat tersebut mengurus, melindungi dan menyebarkan maklumat sensitif.
1234

Kembali ke atas