chewable tablet | tablet kunyah | Farmasi | Farmaseutik | Tablet yang perlu dikunyah untuk menghancurkan tablet kepada ketulan yang lebih kecil. Proses ini akan meningkatkan luas permukaan yang terdedah untuk proses pelarutan. Drug yang dibebaskan akan diserap dengan lebih cepat. Tablet ini juga boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk menelan seperti orang tua dan kanak-kanak. Tablet kunyah ini juga dibuat untuk meningkatkan penerimaan ubat oleh kanak-kanak. Contohnya, tablet kunyah multivitamin. Tablet ini juga boleh digunakan jika dos yang hendak diberikan terlalu besar untuk ditelan. |
bolus | bolus | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Biasanya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida, serta boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Pembentukan bolus yang lembut membolehkan makanan bergerak lebih mudah melalui kawasan-kawasan yang berlainan dalam sistem pencernaan. |
masticatory | kunyahan | Perubatan | Tiada | 1. Berkenaan dengan aktiviti mengunyah. 2. Bahan yang dikunyah untuk menambahkan penghasilan air liur. |
cud | mamahan | Veterinar | Tiada | Makanan yang dialirkan semula dari rumen ternakan ruminan untuk dikunyah kembali, lalu kemudian ditelan semula. Hal ini berlaku untuk menghaluskan lagi makanan tersebut. |
regurgitation | peregurgitatan | Veterinar | Tiada | Proses mengeluarkan makanan dari rumen, kemudiannya masuk semula ke farinks dan rongga mulut untuk dikunyah semula. Pergerakan ini berlaku melalui proses antiperistalsis. Proses ini berlaku pada ternakan ruminan secara terkawal dan dalam keadaan haiwan berkenaan dalam keadaan rehat. Proses ini juga dipanggil peruminatan. Proses ini berlaku untuk menghancurkan lagi makanan berserabut yang masih kasar dan panjang supaya mudah dicerna oleh mikrob. |
rumen | rumen | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian pertama perut haiwan ruminan yang di dalamnya makanan berkepah disimpan buat sementara waktu sebelum diluahkan kembali ke mulut untuk dikunyah sehingga lumat. |
antiperistalsis | antiperistalsis | Veterinar | Tiada | Pergerakan makanan dari dalam perut atau rumen melalui esofagus dan farinks masuk ke dalam mulut. Keadaan ini berlaku semasa proses peregurgitatan pada haiwan ruminan supaya digesta dapat dikunyah semula. Bagi haiwan yang lain, proses ini berlaku semasa haiwan berkenaan dalam keadaan muntah. Pergerakan ini merupakan kebalikan daripada proses peristalsis dan boleh juga berlaku dalam usus kecil pada keadaan tertentu. |
Piper sarmentosum | kaduk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba dalam famili Piperaceae yang dikenali juga sebagai sirih duduk atau kaduk batu. Tumbuhan ini hidup liar di tempat teduh dan lembap seperti di bawah pokok lain. Tingginya mencapai 60 cm, daunnya nipis berwarna hijau tua, berkilat, bentuknya bujur seperti jantung, dan beraroma kuat. Bunganya kecil tersusun padat pada jambak spika yang pendek dan berwarna putih. Buahnya sangat kecil. Air rebusan daun digunakan untuk mengubati lemah tulang. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengubati sakit kepala dan panau. Daunnya yang telah dilayur ditampal di dada untuk mengubati sakit dada. Daunnya boleh dikunyah untuk melegakan sakit tekak. Akarnya boleh dikunyah bersama-sama pinang untuk melegakan lelah dan batuk yang berpanjangan. Akarnya yang dikunyah bersama-sama halia pula boleh melegakan sakit gigi. Pucuknya beraroma dan boleh dibuat ulam dan sayur. |
bolus | bolus | Veterinar | Tiada | 1. Bahan yang berbentuk hampir spera yang berukuran 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang terdiri sama ada makanan, ubat-ubatan atau bekalan mineral untuk ternakan terutamanya haiwan ruminan. 2. Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Selalunya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida dan boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Kadang-kadang alat ini ditambah dengan bahan lain seperti ubat untuk mengawal jangkitan parasit. |
rumen | rumen | Veterinar | Tiada | Bahagian perut pertama dan terbesar yang terdapat pada haiwan poligastrik atau ruminan. Bahagian ini terletak di bahagian kiri badan dan bersambung dengan retikulum dan omasum. Dalam organ ini, terdapat mikroorganisma anaerob yang hidup secara simbiosis dengan haiwan. Makanan yang berserabut tinggi boleh dicerna oleh bakteria dan protozoa untuk menghasilkan asid lemak meruap, iaitu asid asetik, asid propionik dan asid butirik, yang seterusnya diserap oleh haiwan perumah untuk menjadi sumber tenaga. Keseluruhan organ dalam bahagian ini terdiri daripada membran mukus yang berpapila dan berlapis, terdiri daripada sel epitelium leper tanpa kelenjar. Papila berfungsi untuk menyerap asid lemak meruap dan ammonia. Bolus makanan yang separa kunyah atau yang belum lengkap dikunyah boleh ditarik semula ke dalam mulut dari organ ini melalui esofagus untuk dikunyah semula. |