yield | hasil | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kuantiti produk yang dihasilkan per kuantiti bahan tindak balas atau bahan mentah yang digunakan dalam sesuatu tindak balas keseluruhan. Biasanya, hasil dilaporkan dalam berat basah dan dengan itu, hasil yang melebihi 100% berkemungkinan dilaporkan. |
loss reserve | rizab kerugian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Takrif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |
index patient | pesakit pemula | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit yang pertama dilaporkan dalam epidemik sesuatu penyakit berjangkit dalam sesuatu populasi, kawasan atau keluarga, atau pesakit yang pertama direkodkan dalam kajian epidemiologi. |
notifiable disease | penyakit wajib lapor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyakit yang wajib dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan supaya pengawalan segara dan tindakan pencegahan dapat diambil jika perlu. |
interpretative news | berita kupasan | Komunikasi | Tiada | Berita yang mengulas perkara yang dilaporkan secara lebih terperinci. |
omitted income | pendapatan tidak lapor | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pendapatan yang tidak dilaporkan dalam borang nyata pendapatan. |
illusion | ilusi | Psikologi | Psikologi Umum | Persepsi salah yang mengherotkan maklumat yang dilaporkan. Bagi individu yang mengalami ilusi, ciri fizikal sesuatu benda seperti kepanjangan, kedudukan, gerakan, lengkukan atau arah selalunya disalahpersepsikan. Kemalaran saiz dan bentuk, gerakan mata kebiasaan, kesinambungan dan tabiat persepsi biasanya bergabung untuk menghasilkan ilusi. Contohnya, dalam kes ilusi Muller-Lyer, garisan mendatar berkepala anak panah akan kelihatan lebih pendek daripada garisan berekor anak panah atau huruf V sedangkan kedua-dua garis ini sama panjang. |
sea disturbance | gangguan laut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan laut bergelombang yang dilaporkan mengikut skala ketinggian gelombangnya dari 0 hingga 9. Setiap nombor memberikan erti dan ketinggi gelombang seperti yang berikut: 0 = bak kaca (0m) 1 = riak (0 - 0.1m) 2 = tenang (0.1 - 0.5m) 3 = kecil (0.5 - 1.25m) 4 = sederhana (1.25 - 2.5m) 5 = bergelora (2.5 - 4m) 6 = sangat bergelora (4 - 6m) 7 = tinggi (6 - 9m) 8 = sangat tinggi (9 - 14m) 9 = luar biasa tinggi (lebih daripada 14m) |
stale news | berita basi | Komunikasi | Tiada | Berita yang telah kehilangan nilai beritanya kerana telah dilaporkan oleh akhbar lain atau telah diketahui ramai. |
capital accretion method | kaedah tokok modal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cara mengira pendapatan yang tidak dilaporkan melalui perbandingan semua pendapatan dengan penggunaannya. |