ideal | unggul/ideal | Kesusasteraan | Tiada | dengan segala unsur keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
burlesque | burlesk | Kesusasteraan | Tiada | 1. Satu bentuk komedi yang dikenali melalui perlakuan atau lakonan yang dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kesan lucu dan menggelikan hati. |
burlesque | burlesk | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan atau sketsa yang disampaikan melalui perlakuan atau lagu dan nyanyian yang dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kesan lucu yang menggelikan hati bagi tujuan menyindir tokoh dan ehwal semasa. Contohnya, persembahan commedia dell ‘artedi Itali dan koli kallendalam persembahan boria pada waktu siang. |
idealism | idealisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman dalam kesusasteraan, menilai sesuatu dari kesempurnaannya sahaja, walaupun ia tidak mungkin wujud dalam alam nyata atau bentuk pemikiran yang subjektif dengan segala keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |
kabuki | kabuki | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k |