Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dileraikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
componendkomponenMekanikGunaan1. Salah satu daripada tiga vektor yang diperoleh apabila suatu vektor dileraikan. Sesuatu vektor komponen boleh pula dileraikan kepada tiga komponennya sendiri, dan begitulah seterusnya. 2. Sesuatu bahagian struktur kejuruteraan yang melengkapkan struktur itu dan membolehkannya berfungsi. istilah ini biasanya digunakan berkaitan dengan mesin dan enjin. 3. sebarang radas elektrik di dalam litar.
resolutionresolusiKesusasteraanTiadaPeristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak.
liberation sizesaiz bebasanKejuruteraanTiadaSaiz tertentu bagi zarah mineral bernilai yang boleh dileraikan daripada mineral reja semasa pengempaan.
limit of resolutionhad peleraianFizikOptikJarak atau pemisahan sudut minimum di antara dua titik objek yang membenarkan dua titik ini dileraikan mengikut kriteria Rayleigh.
novelnovelKesusasteraanTiadaFisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali b
general plane motiongerakan satah umumMekanikGunaanGerakan satah yang bukan alihan dan bukan putaran, tetapi merupakan gabungan daripada dua jenis gerakan ini. Semua gerakan satah umum dapat dileraikan kepada dua komponen, iaitu alihan dan putaran. Gerakan satah umum sesuatu jasad dapat diwakilkan oleh alihan suatu titik pada jasad itu dan putaran jasad itu di sekitar titik yang berkenaan. Lihat juga teorem Chasles.
rigor mortisrigor mortisMakanan dan PemakananMakananKekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas penyembelihan. Rigor mortis berlaku disebabkan oleh ikatan protein jenis aktin dan miosin yang tidak boleh dileraikan semula. Rigor mortis menyebabkan daging menjadi keras.
simple figurelembaga mudahMekanikGunaanLembaga yang mempunyai bentuk piawai dengan sifat geometri dan sifat sifatekun yang mudah ditentukan. Contoh lembaga mudah yang kerap ditemui dalam analisis mekanik ialah segi empat tepat, bulatan, sfera, dan silinder. Untuk analisis, lembaga mudah tidak dileraikan menjadi lembaga-lembaga lomponen yang lebih mudah.

Kembali ke atas