three point lighting | pencahayaan tiga sudut | Komunikasi | Tiada | Pencahayaan asas untuk penggambaran filem, televisyen atau foto pegun yang memerlukan penggunaan tiga jenis lampu yang diletakkan pada kedudukan yang berbeza. Lampu belakang akan diletakkan di bahagian belakang objek, lampu utama diletakkan di bahagian kiri manakala lampu pemenuh diletakkan di bahagian kanan hadapan objek tersebut. |
check marks | penanda lari landas | Sukan | Tiada | Tanda yang diletakkan di atas lorong lari landas bagi acara lompatan dan balingan, serta tanda yang diletakkan di atas lorong balapan bagi acara lari berganti-ganti. |
cascade wind tunnel | terowong angin lata | Aeroangkasa | Tiada | Kepingan aerofoil yang diletakkan di penjuru terowong angin untuk menghasilkan pergerakan udara lamina.,Kepingan aerofoil yang diletakkan di penjuru terowong angin untuk menghasilkan pergerakan udara lamina. |
formed in-place gasket | gasket bentuk setempat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan yang diletakkan di antara dua permukaan yang akan diapit dengan manik plastik yang diletakkan dengan menggunakan alat khas atau bahan gel yang dipicit daripada tiub. |
book rest | penahan buku | Perpustakaan | Tiada | Alat mudah-alih yang menyamai penyandar muzik piano, biasanya diletakkan pada sudut sesuai untuk tujuan bacaan di atas meja, atau diletakkan di atas meja tulis bagi menyandarkan buku tersebut apabila membuat nota atau catatan daripadanya. |
single overhead camshaft (SOHC) | aci sesondol atas tunggal | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Enjin yang menggunakan aci sesondol yang diletakkan di atas setiap kepala silinder menggantikan aci sesondol yang diletakkan di dalam blok silinder. |
palm and thumb grasp | pegangan tapak tangan dan ibu jari | Perubatan | Tiada | Cara memegang peralatan pergigian. Pemegang diletakkan di tapak tangan dan dipegang dengan empat jari sementara jari ibu diletakkan ke atas gigi. |
single overhead camshaft (SOHC) | aci sesondol atas tunggal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enjin yang menggunakan aci sesondol yang diletakkan di atas setiap kepala silinder menggantikan aci sesondol yang diletakkan di dalam blok silinder. |
subsurface pump | pam subpermukaan | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang jenis pam yang dalam penggunaannya diletakkan di dalam lubang telaga di subpermukaan. Pam ini dikendalikan dari permukaan dengan menggunakan medium penghantar tenaga seperti kabel elektrik, rod dan lain-lain, atau dikendalikan dengan menggunakan motor elektrik yang diletakkan bersama-sama pam berkenaan. Berguna bagi memasukkan bendalir dari formasi ke dalam tetiub dan selanjutnya mengangkat bendalir dari dasar tetiub ke tetiub dan selanjutnya mengangkat bendalir dari dasar tetiub ke permukaan. Contohnya ialah pam roda penyedut dan sebagainya. |
nitro shooting | penembak nitro | Kejuruteraan | Petroleum | Proses perangsangan formasi yang pertama kali digunakan di Pennsylvania sekitar 100 tahun yang lalu. Dalam kaedah ini nitrogliserin diletakkan di dalam telaga dan kemudiannya diletupkan untuk meretakkan batuan. Biasanya diletakkan juga pasir dan kerikil di atas cas bahan letupan tersebut untuk meningkatkan kecekapan letupan tersebut. Sekarang kaedah ini sudah tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan kaedah peretakan formasi. |