Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilindungi

Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protected personorang dilindungiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan manusia yang tidak boleh dibunuh atau dicederakan dalam konflik bersenjata. Orang dilindungi ialah orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan (seperti orang awam, pegawai perubatan, dan petugas kemanusiaan) dan orang yang tidak lagi mampu berperang (seperti askar yang cedera atau sakit, dan tawanan perang). Mereka dilindungi daripada dibunuh, dicederakan atau perbuatan-perbuatan ganas lain. Wanita dan kanak-kanak pula dilindungi secara khusus. Wanita dilindungi daripada dirogol, pelacuran paksa, kehamilan paksa, serangan sumbang dan perhambaan. Kanak-kanak dilindungi daripada digunakan untuk menyertai permusuhan dan perhambaan. Perbuatan mencederakan orang dilindungi merupakan jenayah perang dan/atau jenayah terhadap kemanusiaan.
disasterbencanaEkonomiEkonomi IslamKejadian buruk yang melanda secara tiba-tiba, tidak dijangka masa berlakunya dan di luar kawalan manusia. Terdapat bencana yang layak dilindungi dan tidak layak dilindungi dalam skim takaful. Jenis bencana yang layak dilindungi seperti kebakaran, kecurian, kematian dan keilatan kekal seluruh anggota badan akan ditakrifkan secara spesifik dalam kontrak. Bencana lain seperti bencana alam dan bencana yang disengajakan tidak layak dilindungi.
expediting expensesbelanja penyegeraanPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan yang ditanggung untuk mempercepatkan kerja pembaikan atau penggantian untuk mengurangkan amaun kerugian oleh bencana yang dilindungi polisi. Kebanyakannya digunakan berhubung dengan Insurans Ganggu Niaga serta Insurans Dandang dan Jentera. Belanja penyegeraan biasanya dilindungi jika mereka mengurangkan amaun kerugian yang sepatutnya dibayar oleh insurer.
protected by copyrightdilindungi oleh hak ciptaPerpustakaanTiadaTiada
takafulable riskrisiko boleh takafulEkonomiEkonomi IslamRisiko yang boleh diterima oleh pengendali takaful untuk dilindungi melalui mana-mana skim atau pelan takaful. Risiko ini boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari serta mempunyai kebarangkalian nilai kerugian yang rendah. Pengendali takaful mempunyai had risiko yang boleh ditanggung atau had bendungan terhadap sesuatu musibah yang perlu dilindungi. Risiko yang lebih rendah daripada had bendungan sahaja yang layak dan boleh ditakafulkan. Tujuan menerima risiko di bawah had bendungan adalah untuk memastikan supaya pengendali takaful mampu membayar nilai kerugian yang dialami oleh peserta.
covered interest arbitragearbitraj bunga dilindungiEkonomiTiadaKegiatan memindahkan dana kewangan jangka pendek ke sebuah negara yang mempunyai kadar bunga yang lebih tinggi yang disertai dengan tindakan menutup kemungkinan kerugian akibat risiko turun naik kadar pertukaran. Tindakan mengelak kemungkinan kerugian boleh dilakukan dengan membeli mata wang asing di pasaran serta-merta, dan pada masa yang sama menjual mata wang itu di pasaran ke depan.
uncovered interest arbitragearbitraj bunga tak dilindungiEkonomiTiadaKegiatan memindahkan dana kewangan jangka pendek ke sebuah negara yang mempunyai kadar bunga yang lebih tinggi tanpa disertai dengan tindakan untuk mengurangkan kemungkinan kerugian akibat risiko turun naik kadar pertukaran.
pyrophytepirofitBiologiEkologiTumbuhan yang dilindungi oleh kulit tebal untuk melindunginya daripada kerosakan kekal akibat api hutan.
shielded cablekabel berperisaiSosiologiTiadaKabel yang dilindungi oleh penebat yang mengelakkan gangguan dan untuk keselamatan.
pro rata distribution clausefasal agih pro rataPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan di dalam pengunderaitan polisi harta berbentuk menyeluruh bagi keadaan tertentu untuk membahagikan amaun insurans dalam satu polisi kepada setiap perkara yang dilindungi. Pembahagian ini mengikut kadar nilai setiap perkara tersebut berbanding dengan jumlah kesemua perkara yang dilindungi oleh polisi tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas