baffle | sesekat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Cakera logam yang berbentuk bulat dengan satu bahagian dipotong serta dilubangkan untuk memuatkan tiub di dalam kelompang penukar haba yang digunakan untuk mengurangkan luas keratan rentas kelompang supaya bendalir mengalir lebih laju menghampiri rejim gelora. Dengan ini, kadar pemindahan haba ditingkatkan kerana bendalir mengalir merentasi tiub untuk pemanasan yang lebih cekap. |