Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimaksudkan

Peribahasa

Jangan liat kurang panggang.

Bermaksud :

Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
access controlkawalan capaianFarmasiFarmakologiPenentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan ialah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.,Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.
intakepengambilHidrologiTiadaBinaan atau tapak yang dimaksudkan untuk tujuan mengawal, mengendali, melencong dan memasukkan air terus dari punca melalui pemasuk yang dibina di hulunya.
luminance channelsaluran luminansKejuruteraanTiadaMana-mana laluan yang dimaksudkan untuk membawa isyarat luminans televisyen warna.
hypabolehipabolaKesusasteraanTiadaKiasan atau majas yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada apa yang dimaksudkan sebenarnya.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
acceleration of gravitypecutan gravitiFizikMekanikKadar perubahan halaju terhadap waktu disebabkan oleh daya graviti atau dimaksudkan juga perbandingan nisbah berat terhadap jisim sesuatu benda. Pecutan graviti dialami oleh semua benda yang jatuh secara bebas. Nilai pecutan graviti juga bergantung pada ketinggian dan kedudukan dari pusat bumi. Nilai dan simbol pecutan graviti yang biasa digunakan ialah g = 9.80665 ms-2.
metonymymetonimiKesusasteraanTiadaKiasan yang digunakan sebagai pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat hubungannya dengan perkara yang dimaksudkan.
bad copynaskhah sukar-bacaPerpustakaanTiadaNaskhah bertulis yang sukar dibaca, atau sukar mendapatkan makna atau pengertian yang dimaksudkan.
climateiklimSainsHidrometeorologiSintesis nilai hari ke-hari unsur meteorologi yang memberi kesan terhadap sesuatu kawasan. Sintesis yang dimaksudkan adalah lebih daripada purata yang mudah. Beberapa kaedah digunakan untuk menggambarkan iklim seperti nilai purata dan nilai melampau, kekerapan nilai dalam sesuatu julat tertentu, kekerapan jenis cuaca dengan nilai unsurnya yang berkaitan. Unsur utama iklim ialah kerpasan, suhu, kelembapan, sinar suria, halaju angin dan fenomena seperti kabut, ibun, guruh, dan badai. Keawanan, suhu minimum rumput, dan suhu tanah pada beberapa kedalaman boleh juga diambil kira. Data iklim biasanya dinyatakan dalam satu bulan kalendar atau musim dan ditentukan di sepanjang satu tempoh (biasanya lebih kurang 30 tahun) yang cukup panjang untuk memastikan nilai-nilai wakilan bagi bulan atau musim yang berkenaan diperoleh.
relative vorticitykevortisan nisbiSainsHidrometeorologiKevortisan yang disukat dalam sistem koordinat yang ditetapkan di permukaan bumi. Yang biasa dimaksudkan hanyalah komponen kevortisan menegak. Istilah ini juga dikenali sebagai kevortisan tempatan.
1234

Kembali ke atas