Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimansuhkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marital dissolutionperkahwinan dimansuhkanKependudukanTiadaTiada
dissolved marriageperkahwinan dimansuhkanKependudukanTiadaTiada
free chargecas bebasKejuruteraanTiadaCas elektrostatik yang tidak dimansuhkan oleh cas yang sama atau lebih besar dengan kekutuban berlawanan.
free chargecas bebasKimiaTiadaCas elektrostatik yang tidak dimansuhkan oleh cas yang sama atau lebih besar dengan kekutuban berlawanan.
dispensing powerkuasa mengagihSejarahTiadaKuasa yang memberikan hak kepada individu dikecualikan daripada tindakan undang-undang, berlaku di England sewaktu pemerintahan feudal dan dimansuhkan pada tahun 1689 dengan perisytiharan "Bill of Rights".
Pioneer Industries Ordinance 1957Ordinan Industri Perintis 1957EkonomiTiadaUndang-undang yang membolehkan syarikat-syarikat diberi insentif taraf perintis sebagai satu langkah untuk menggalakkan pembangunan industri baru dalam negara. Ordinan ini telah dimansuhkan pada tahun 1968 dan digantikan dengan akta lain.
kharaj muqasamahcukai hasil pertanianPerniagaan IslamTiadaCukai yang dibayar kepada pihak berkuasa berdasarkan kekerapan hasil keluaran pertanian dan dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. Contohnya, terdapat dua musim dalam setahun, dan cukai dikenakan dua kali. Cukai ini tidak boleh dimansuhkan kecuali sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
joint floatapungan bersamaEkonomiTiadaSistem yang digunakan oleh sekumpulan negara untuk menetapkan kadar pertukaran mata wang sesama mereka. Bagaimanapun kadar pertukaran ini dibenarkan berbeza dalam julat tertentu. Kadar pertukaran mata wang negara kumpulan dengan negara luar dibenarkan fleksibel, dan ditentukan di pasaran pertukaran asing. Sistem ini diamalkan oleh negara-negara Eropah sebaik sahaja sistem Bretton Woods dimansuhkan dalam tahun 1973.
Brest-Litwosk Peace Agreement)Persetujuan Damai Brest-LitwoskSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles.
state's policydasar negaraSains PolitikPolitik PerbandinganDasar atau prinsip sebuah negara yang dipegang dan dijalankan untuk mencapai matlamatnya. Dasar ini digubal oleh dewan perundangan dan dilaksanakan oleh badan eksekutif untuk kepentingan negara dan orang ramai. Dasar sebuah negara terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Dasar Sosial, Dasar Pembangunan dan Dasar Luar. Dasar Sosial meliputi dasar seperti Dasar Pendidikan, Dasar Belia dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pembangunan seperti Dasar Penswastaan Negara, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru manakala Dasar Luar seperti Dasar Berkecuali. Dasar sesebuah negara juga boleh dipinda, diperbaharui atau dimansuhkan jika didapati tidak sesuai. Dalam sesebuah negara, rakyat diseru supaya bersama-sama pemerintah untuk memenuhi hasrat negara. Contoh dasar negara di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan Dasar Penswastaan Negara.
12

Kembali ke atas