displacement mechanism | mekanisme pindah ganti | Psikologi | Psikologi Umum | Mekanisme bela diri yang digunakan oleh individu untuk menghindari rasa malu, marah, atau yang tidak disenangi dengan mengalihkan perasaan tersebut kepada gantiannya. Contohnya, pekerja yang dimarahi ketuanya di pejabat akan menghamburkan perasaan jengkelnya kepada sesiapa sahaja di rumah seperti isteri, anak-anak, pembantu rumah atau haiwan peliharaannya. Sinonim mekanisme pengalihan. |
humour appeal | pemikat lucu | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi d |