generic product | barangan generik | Komunikasi | Korporat | Barangan yang dipasarkan tanpa menonjolkan jenama. Harga barangan ini lebih murah berbanding barangan yang berjenama. Walau bagaimanapun, mutu barangan ini tidak semestinya rendah berbanding barangan berjenama. Pengedar besar biasanya mengenal pasti barangan yang terbaik dalam kalangan barangan generik ini untuk dibeli dan diletakkan jenama pengedar tersebut untuk dipasarkan. Contohnya, bahan pencuci dan barangan makanan seperti minyak masak. |
downstream activity | aktiviti hiliran | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti yang melibatkan pemprosesan produk mentah supaya dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjana lebih nilai kepada produk tersebut. Contohnya, untuk industri kelapa sawit, produk mentah ialah buah kelapa sawit yang dihasilkan daripada aktiviti huluan. Seterusnya, buah kelapa sawit diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Pemerahan minyak ini merupakan satu aktiviti hiliran. Minyak ini boleh dipasarkan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi daripada buah kelapa sawit mentah. Aktiviti hiliran boleh dilanjutkan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan produk-produk lain seperti sabun, marjerin dan bahan kosmetik. |
global product | keluaran sejagat | Pentadbiran | Tiada | Keluaran yang dipasarkan ke seluruh dunia dengan menggunakan jenama yang sama. Contohnya coca-cola, levi's dan sebagainya. |
finished product | keluaran siap | Kesenian | Tiada | Barangan yang telah siap dan boleh dipasarkan. |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Geografi | Tiada | 2. Pembungkusan: Proses membungkus barangan sebelum dipasarkan atau dieksport. |
food canning | mengetin makanan | Geografi | Tiada | Perihal proses pengetinan bahan makanan bertujuan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara. |
drug development | perkembangan ubat | Perubatan | Tiada | Jalinan peristiwa penghasilan ubat daripada penemuannya sehingga dipasarkan dan digunakan secara meluas. Jalinan ini termasuklah kajian yang dijalankan ke atas binatang dan manusia, proses memaklumatkan hasil kajian, proses pelesenan dan kaji selidik pascapasaran. Penghasilan sesuatu ubat biasanya memakan masa yang panjang dan memerlukan belanja yang banyak. |
beta test | ujian beta | Teknologi Maklumat | Tiada | Fasa ujian akhir sebelum sesuatu produk dipasarkan secara rasmi. Ujian beta selalunya dibuat di hadapan pelanggan. Lihat juga ujian alfa |
post-marketing surveillance | pengawasan pascapemasaran | Perubatan | Tiada | Pengawasan keselamatan ubat setelah ubat berkenaan mendapat lesen untuk dipasarkan. Pengawasan ini merupakan fasa keempat kajian klinikal ubat. Pengawasan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan yang tidak diduga, yang jarang berlaku dan sukar dikesan ketika penggunaannya belum menyeluruh. Ubat yang didapati menghasilkan kesan yang teruk akan ditarik balik dari pasaran. |
beta testing | pengujian beta | Teknologi Maklumat | Perisian | Ujian terakhir yang dilakukan sebelum sesebuah produk perisian dikeluarkan atau dipasarkan. Ujian ini penting dan bertindak sebagai kawalan kualiti yang perlu dilakukan dengan sempurna. Ujian ini melibatkan penggunaan produk tersebut oleh pengguna yang terpilih untuk menghasilkan dokumentasi yang formal. Dokumentasi ini boleh mengandungi ralat kandungan, ralat perisian, kepenggunaan, aras kerumitan dan kefungsian menu atau atur cara yang disediakan. |