linac | linac | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut yang elektrodnya disusun supaya zarah yang dipecut menerima penambahan tenaga yang berurutan. |
plasma propulsion | rejang plasma | Kejuruteraan | Tiada | Perejangan kenderaan di ruang angkasa yang dipecut menggunakan plasma. |
linear accelerator | pemecut linear | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut yang elektrodnya disusun supaya zarah yang dipecut menerima penambahan tenaga yang berurutan. |
kiloelectronvolt (keV) | kiloelektronvolt | Kejuruteraan | Tiada | Seribu elektron-volt, iaitu tenaga yang diperoleh oleh elektron apabila dipecut melalui perbezaan voltan 1000 volt. |
kiloelectronvolt (keV) | kiloelektronvolt | Kejuruteraan | Tiada | Seribu elektron-volt, iaitu tenaga yang diperoleh oleh elektron apabila dipecut melalui perbezaan voltan 1000 volt. |
x-rays | sinar-x | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sinar elektromagnet menusuk yang biasanya dijana oleh pemecut elektron. Elektron dipecut ke halaju tinggi kemudian diberhentikan secara mendadak apabila elektron itu berlanggar dengan jasad pepejal atau melalui peralihan petala di dalam atom-atom yang mempunyai nombor ataom melebihi 10. Julat jarak gelombang sinaran tersebut lebih kurang 10-5 Ao ke 103 Ao dan jarak gelombang purata yang digunakan dalam penyelidikan lebih kurang 1. |
cutout | pintasan mati | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kehilangan kuasa secara sementara dan tidak berkala yang menyebabkan enjin berada dalam keadaan tegun. Keadaan ini mempengaruhi kebolehpanduan sesebuah kenderaan dan masalah ini menjadi lebih serius semasa kenderaan dipecut secara mendadak. |
Bremsstrahlung isochromat spectroscopy (BIS) | spektroskopi isokromat Bremsstrahlung (BIS) | Fizik | Nanoteknologi | Spektroskopi yang menggunakan sinaran Bremsstrahlung pada jarak gelombang yang tertentu untuk mengukur tenaga pengionan atom atau ion molekul yang dikelilingi persekitaran kekisi. Sinaran Bremsstrahlung dipancarkan apabila elektron dipecut dan berlanggar dengan nukleus. |
electroluminescence | elektropendarcahaya | Fizik | Nanoteknologi | Pemancaran cahaya dari suatu bahan apabila dikenakan medan elektrik yang tinggi atau dilalukan arus elektrik tanpa melibatkan penjanaan haba. Fenomena ini ialah hasil gabungan semula elektron dan lohong dalam bahan, biasanya semikonduktor. Elektron yang teruja akan mengeluarkan tenaga sebagai foton. Sebelum penggabungan semula, elektron dan lohong terpisah, sama ada hasil daripada pendopan bahan bagi membentuk simpangan p-n (seperti dalam peranti LED) atau pengujaan menerusi hentaman elektron bertenaga tinggi yang dipecut oleh medan elektrik tinggi (seperti pada fosforus dalam paparan elektropendarcahaya). |