Darwinism | Darwinisme | Biologi | Genetik | Teori evolusi yang dipelopori oleh Charles Darwin yang mengatakan pemilihan alamiah bertindak memilih individu yang mempunyai ketegapan, atau keupayaan kemandirian yang paling tinggi. |
populism | populisme | Sejarah | Tiada | Doktrin politik dan ekonomi yang dipelopori oleh golongan Populis yang muncul akibat daripada keadaan sejarah serta merupakan gerakan aguagia khususnya dalam sejarah Amerika. |
modern architecture | seni bina moden | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina |
neo-Freudian theory | teori neo-Freudian | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang dipelopori oleh pengikut setia Freud yang mengekalkan sebahagian daripada teori Freud dan mengubahsuaikan sebahagian yang lain. Salah seorang pengikut Freud, iaitu Horney menyatakan bahawa kanak-kanak yang berkonflik dengan ibu bapa mereka bukan disebabkan oleh dorongan seksual tetapi kerana sikap ibu bapa yang suka menghalang kehendak mereka. Teori neo-Freud mengekalkan konsep represi yang boleh menimbulkan kebimbangan di samping menekankan pengaruh budaya dan sosial. |
classical conditioning | pelaziman klasik | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah pelaziman tingkah laku yang dipelopori oleh Pavlov yang menjadikan rangsangan neutral yang tidak memberi apa-apa kesan tindak balas tetapi lama-kelamaan menimbulkan tindak balas akibat disertakan dengan sesuatu rangsangan tidak terlazim. Contohnya, bunyi loceng tidak akan memberikan apa-apa makna kepada anjing tetapi apabila disertakan dengan makanan pada setiap kali dibunyikan, maka lama-kelamaan bunyi loceng akan menjadi rangsangan terlazim kepada anjing tersebut. Sinonim pelaziman klasik: Pavlov. |
formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita |
garden city movement | gerakan bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari. |
method acting | lakonan metod | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya lakonan yang diasaskan daripada sistem lakonan yang dipelopori oleh Konstantin Stanislavski dari Rusia dan dipopularkan di Amerika Syarikat oleh Lee Strasberg melalui Actors’ Studio sebagai “The Method”. Antara lain gaya ini mementingkan emosi pelakon dan berdasarkan pengalaman masa lalu untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam kepada watak dan perwatakannya. Sinonimsistem Stanislavski. |
constructivist architecture | seni bina konstruktivis | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang muncul antara tahun 1920-an hingga awal 1930-an, dipelopori oleh arkitek avant-garde Rusia yang melancarkan reka bentuk bangunan untuk keperluan regim Sosialis. Seni bina kontruktivis menggabungkan kepakaran kejuruteraan dan teknologi dengan ideologi politik dalam mereka bentuk bangunan. Kumpulan arkitek konstruktivis berusaha untuk mewujudkan idea kesatuan kemanusiaan melalui susunan yang harmoni dalam kepelbagaian elemen struktur bangunan yang dibina. Contohnya, bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin yang dibina pada tahun 1919 di Rusia. |
detente | peredaan ketegangan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar pengurangan ketegangan yang digunakan antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dingin. Dasar ini dipelopori oleh Presiden Richard Nixon dalam menghadapi negara berfahaman komunis. Dasar ini berbeza dengan dasar pembendungan yang diamalkan sebelum ini. Dasar ini telah memulihkan hubungan baik antara Amerika Syarikat dengan China, dan kemuncaknya ialah lawatan pertama Presiden Richard Nixon ke China. Sinonim detente. |