basin | besen; lembangan | Pertanian | Tiada | 3.. Tempat air larian permukaan yang berlebihan disimpan atau diperangkap hingga ia menyusup ke dalam atau digunakan untuk pengairan. |
mechanical scrubber | penggahar mekanik | Kejuruteraan | Tiada | Peranti kawalan pencemaran udara yang semburan cecairnya dihasilkan oleh elemen berputar, seperti gelendong, cakera, atau kipas untuk menghasilkan titisan halus supaya zarah dapat diperangkap dengan berkesan. |
radiation belts | kawasan sinaran;jalur sinaran (medan geomagnet) | Matematik | Tiada | Jalur sinaran: Kawasan yang berbentuk kuih keria dalam lapisan magnetosfera planet tempat elektron bertenaga dan nukleus terion sesuatu atom, terutamanya proton daripada atom hidrogen, diperangkap oleh medan magnet planet yang berkenaan. |
protoplasm | protoplasma | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahan bergranul bak agar-agar yang terdapat pada sel hidup. Bahan ini terdiri daripada campuran sebatian organan, seperti protein dan lipid, dan bahan bukan organan kompleks yang larut, berselerak dan tertampai yang sentiasa mengalami perubahan kimia. Kandungan protoplasma pada sesuatu spesies didapati berbeza di antara satu spesies dengan satu spesies yang lain, dan fungsinya juga berbeza daripada satu sel dengan satu sel yang lain atau daripada satu individu dengan satu individu pada spesies yang sama. Protoplasma menjadi tempat proses metabolisme yang dikawal oleh enzim, dan menjadi tempat pembentukan asid nukleik yang mensintesiskan sesuatu enzim. Vakuol, rembesan dan bahan yang diperangkap sebagai bahan makanan tidak dianggap sebagai bahagian protoplasma. Pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, protoplasma dibezakan dengan sitoplasma dan nukleus sel eukariot. |