president | yang dipertua; presiden | Pendidikan | Tiada | Tiada |
president | yang dipertua; presiden | Undang-undang | Tiada | Tiada |
vice-president | naib yang dipertua | Pendidikan | Tiada | Tiada |
President Sessions Court | Yang Dipertua Mahkamah Sesyen | Undang-undang | Tiada | Tiada |
royal assent | perkenaan diraja | Undang-undang | Tiada | Persetujuan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri. |
during the pleasure | selama diperkenankan | Undang-undang | Tiada | Selama yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja melayu atau Yang Dipertua Negeri. |
administrative county | kawasan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Lingkungan wilayah atau zon yang termasuk di dalam sesuatu autoriti atau kekuasaan yang diiktiraf dalam pentadbiran. Ia mempunyai sempadan tertentu bagi memastikan tidak berlaku pertindihan bidang kuasa pentadbiran. Kawasan ini ditadbir oleh seorang ketua yang dilantik khas seperti Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung. Sebagai contoh, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang yang ditadbir oleh seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran. |
District Council | Majlis Daerah | Pentadbiran | Tiada | Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Majlis ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang menjadi badan pentadbiran sesebuah pekan yang terletak di kawasan luar bandar. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan lebih kurang RM5 juta dan jumlah penduduk lebih kurang 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Ia diketuai oleh seorang Yang Dipertua, biasanya Pegawai Daerah dan dibantu oleh lapan hingga 12 orang ahli. Contoh majlis daerah ialah Majlis Daerah Gombak (MDG). |
Municipal Council | Majlis Perbandaran | Pentadbiran | Tiada | Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah daerah. Kuasa pentadbirannya terletak di bawah peruntukan kerajaan negeri. Kriteria asas yang perlu bagi penubuhan badan ini ialah hasil pendapatan tahunannya melebihi RM5 juta dan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh tidak kurang daripada lapan orang serta tidak melebihi 24 orang ahli. Contoh majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). |
constitutional amendment | pindaan perlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen. |