Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipilih

Puisi
 

Ada sirih ada pinang,
     Nantikan gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
     Hanya menanti ijab kabul.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sample unitunit sampelArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBeberapa elemen daripada keseluruhan populasi yang dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih terdiri daripada warna, jenis, bentuk dan corak. Sampel ini digunakan untuk menentukan warna, jenis, bentuk dan corak sesuatu budaya dan umur artifak. Kajian terhadap sampel biasanya dilakukan di makmal dengan menggunakan kaedah saintifik. Antara unit sampel yang biasa digunakan ialah sampel rawak dan sampel tanah.
approvalssetem pilihanPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dipilih oleh penjual yang dihantar kepada pengumpul setem. Setem yang dipilih akan dibayar dan bayaran berserta setem baki akan dikembalikan kepada penjual. Pembelian cara ini merupakan cara yang paling popular dan menarik dalam pengumpulan setem.
random samplesampel rawakKejuruteraanTiadaSampel yang dipilih dengan sedemikian rupa menyebabkan setiap anggota populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih.
approval selectionsetem pilihanPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dipilih oleh penjual yang dihantar kepada pengumpul setem. Setem yang dipilih akan dibayar dan bayaran berserta setem baki akan dikembalikan kepada penjual. Pembelian cara ini merupakan cara yang paling popular dan menarik dalam pengumpulan setem.
cruising speedlaju jajapAeroangkasaTiadaKelajuan menjajap yang dipilih untuk menjimatkan penggunaan bahan api dalam sesuatu penerbangan.,Kelajuan menjajap yang dipilih untuk menjimatkan penggunaan bahan api dalam sesuatu penerbangan.
honorific wordkata hormatKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati.
pollen parentinduk debungaPertanianAgronomi

Pokok yang dipilih berdasarkan ciri-ciri istimewa untuk menjadi sumber debunga dalam sesuatu kacukan bagi menghasilkan hibrid. Contohnya, bagi kelapa sawit, induk debunga dipilih daripada pokok jenis Dura yang mempunyai ciri isi yang tebal, dikacukkan dengan pokok betina jenis Pisifera yang tidak bertempurung untuk menghasilkan Tenera yang menghasilkan kandungan minyak yang lebih tinggi.

selected seedbiji benih terpilihPertanianAgronomi

Biji benih yang dipilih daripada pokok yang buahnya berkualiti dan konsisten untuk dijadikan benih tanaman baru. Contohnya, benih durian untuk ditanam, dipilih daripada pokok yang menghasilkan buah yang benar-benar berkualiti.

dark horsekuda hitamSains PolitikPolitik Perbandinganlndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik.
random samplesampel rawakMatematikTiadaSampel dengan saiz tertentu yang dipilih dengan cara yang memenuhi syarat bahawa sebarang subset dengan saiz yang sama daripada populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih.
12345678910...

Kembali ke atas