Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1. seni atau amalan mengurus hu­bung­an antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para dip­lomat­nya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antara­bangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ploma.si] | ديڤلوماسي

Definisi : 1 kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dgn negara lain. 2 cara halus utk mempengaruhi orang: Dia pandai menjalankan ~ hingga terlaksana cita-citanya. berdiplomasi 1 mengurus perhubungan antara negara dgn negara. 2 mengatakan sesuatu dgn hati-hati (tidak berterang-terang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diplomasi