mong | mong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand. |
engkerumong | engkerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri daripada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak. |
rin | rin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Rin diperbuat daripada tembaga dan berbentuk periuk. Alat muzik ini dipukul pada sisi dengan pemukul kayu. Rin yang terdapat di Jepun dimainkan dalam wat agama Buddha untuk mengiringi canta agama Buddha. |
peruncung | peruncung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Peruncung terdiri daripada beberapa batang buluh yang bersenggat. Buluh dipegang oleh seorang pemain dan dipukul dengan pemukul kayu yang akan menghasilkan rentak tersendiri. Beberapa orang pemain memukul buluh masing-masing untuk menghasilkan melodi dan rentak terhasil. Peruncung dimainkan di kawasan padi bukit dan di desa untuk mengajuk muzik yang dimainkan oleh ensembel gong besar. Alat muzik yang dimainkan oleh suku kaum Bidayuh di Sarawak ini juga terdapat di seluruh Asia Tenggara. Alat muzik ini dikenali juga sebagai keruncung. |
agung | agung | Muzik | Tiada | Alat muzik traditional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat ini berasal dari Asia Tenggara, yang merupakan gong besar yang berbusut dan berbingkai sempit. Agung dipukul dengan pemukul kayu berbalut dan dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak untuk mengiringi tarian dan upacara keagamaan. Agung dikenali juga sebagai gong. |
gandingan | gandingan | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gandingan terdiri daripada empat gong besar berbusut dan tergantung. Alat muzik ini berbingkai tebal dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gandingan dimainkan dalam ensembel kulintang di Filipina Selatan. |
babandil | babandil | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Filipina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Babandil ialah gong besar berbusut yang tergantung dan berbingkai nipis. Babandil dipukul dengan pemukul buluh dan menghasilkan rentak asas dalam ensembel kulintang di Mindanao. Filipina Selatan. |
ban | ban | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan scbagai idiofon yang dipukul serentak. Bon ialah dua papan kayu kecil yang dipegang dengan kedua-dua belah tangan pemain dan dipukul serentak. Alat muzik ini dimainkan dalam opera Cina dan seni penceritaan masyarakat Cina. Sinonim pan. |
ketuk | ketuk | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini diperbuat daripada gangsa dan berbentuk periuk kecil berbusut. Sepasang gong kecil ini terletak di dalam rangka kayu dan dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut dengan tali tebal. Ketuk berfungsi sebagai alat penanda masa bersama-sama dengan alat kempyang dalam muzik gamelan Jawa di Indonesia. |
canang | canang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimainkan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang. |